Nuffnang, BE dan Bloggers ibarat irama dan lagu...


Getaran jiwa.... Melanda hatiku.... Tersusun nada.... Irama dan lagu...

Walau hanya sederhana..... Tetapi tak mengapa....
Moga dapat membangkitkan........ Sedarlah kamu wahai insan.....

Tak mungkin hilang....... Irama dan lagu...... Bagaikan kembang....... Sentiasa bermadu......

Andai dipisah.... Lagu dan irama...... Lemah tiada berjiwa..... Hampa.....

Psss: Lirik lagu Getaran Jiwa kat atas ni, nak lebih feel nyanyi sendiri eik.... ;)

Rata-rata sesiapa yang bergelar bloggers atau ada blog pasti akan letak iklan Nuffnang kan?
Tapi tak bermaksud semua yang ada blog akan letak iklan nuffnang , tul tak? Ada blog yang tak letak sebarang iklan dari mana-mana ads network langsung kat blog dia, ada jugak yang pilih ads network dari syarikat lain macam innity or adverlets or mangga atau apa2 jer la kan. Tu masing-masing punya pilihan la kan.

Tapi setuju tak kalau saya katakan seolah-olah, ada sesetengah bloggers yang tak dapat lari dengan perkaitan antara nuffnang, BE dan entry/post di blognya. Boleh di ibaratkan seperti irama dan lagu, andai dipisah pincang jadinya. Macam masak gulai tak letak garam, tawar jer rasanya...ish tak kan sampai camtu sekali kan? ada sesiapa yang boleh jawapkan???? :)

Tak kisah la gelaran atau istilah apa-apa pun asal kita tahu apa yang kita buat sudah. Bagi saya okey jer korang nak buat entry pasal nuffnang dan BE tu, at least boleh bagi dorongan tuk orang lain lebih berusaha untuk capai apa yang korang dah capai. Serta bukti yang dengan hanya hobi berblog kita boleh dapat duit even sekadar cukup untuk bayar bil internet sahaja kan...

Saya pun dah terikut-ikut jugak buat entry pasal nuffnang dan BE ni. Niat? bukan nak menunjuk pun, sekadar nak kongsi jer, teruja sebab first time dapat BE, camni agaknya perasaan korang-korang yang rajin buat entry pasal nuffnang dan BE tu eik.. :) walau tak sehebat orang lain, sekurang-kurang nya dah merasa, tul tak? Merasa dapat BE, dan merasa publish entry pasal BE dan Nuffnang..

Erk bukan cakap kosong eik, gambar kat bawah ni sebagai buktinya ;)

Daaaa!!!

3 comments:

  1. betul tu. setuju sangat :) tapi sekarang ni BE kurang dapat. ramai yang dah berpindah ke produk pengiklanan lain ;p

    ReplyDelete