Perbezaan antara http:// dan https://


Pernah tak korang jumpa laman web yg bermula dengan https:// ? Atau korang langsung tak pernah tahu akan kewujudan laman web yg menggunakan protokol https:// ni?

Secara ringkasnya http (Hyper Text Transport Protocol) ialah protokol atau bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara pelayan web.

Penambahan huruf s pada http membawa kepada perbezaan yang ketara antara penggunaan http dan https. Tahukah korang apa fungsi atau maksud s pada https ?

Huruf s disini adalah singkatan kepada Secure atau dalam bahasa kita bermaksud selamat. Bila dah s itu sendiri merupakan singkatan kepada secure/selamat, dah terang - terang la https berkait rapat dengan hal - hal yang berhubung kait dengan ciri - ciri keselamatan jugak kan?

Sekiranya kita melawat laman web dan melihat URL laman web tersebut di bar carian web, bermula dengan http://,  ini bermaksud, laman web tersebut berkomunikasi dengan engine carian dengan menggunakan bahasa yang tidak selamat (unsecure). Dengan erti kata lain, ianya adalah tidak mustahil untuk seseorang mendengar atau mengetahui komunikasi yang berlaku antara kita dan laman web tersebut. Sekiranya kita mengisi borang di dalam laman web itu juga, seseorang boleh melihat data yang kita berikan.

Tapi sekiranya laman web tersebut bermula dengan https://, itu bermakna kita sedang berkomunikasi dengan laman web yang selamat di mana tiada siapa pun yang boleh mengetahui atau mengintai apa data yang kita masukkan.

Sebagai peringatan, sekiranya terdapat laman web yang menyuruh kita memasukkan data seperti kad kredit kita, periksa dahulu pada URL alamat laman web tersebut. Pastikan ianya bermula dengan https://. Jika tidak, jangan sesekali memasukkan data yang sensitif seperti nombor kad kredit! Okey!!!!

Sumber : Cikedis.com

3 comments:

  1. alhamdulillah...faham sudah patutla takut nak klik..http://cimbclick atau https://cimbcliks...rupanya bagus lagi https:// ye..thanks a lotttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  2. S untuk sulit...

    haha...memang secure...biasanya kalau melibatkan internet banking...

    ReplyDelete
  3. TK slalu jg jumpa..
    tp x tau la pulak makna nya..
    bagus2..
    trima kasih!

    ReplyDelete