Petang tadi berulang ke klinik lagi (Kali ke-4 ambil darah baby)


Dah jadi rutin nurse untuk datang melawat ke rumah check ibu dan anak. Disebabkan baby masih nampak macam ada kuning lagi plus keluar hospital hari tu doktor tak catat berapa bacaan kat buku rekod kesihatan baby, so petang tadi dengan rasa berat hatinya bawak la jugak baby ke klinik untuk check berapa bacaan joundis. Kesian baby menangis2 time tapak kaki kena picit untuk keluarkan darah.

Kebetulan pulak hari ni staff makmal klinik tu bercuti, penggantinya nurse yg tak berapa nak mahir dalam buat kerje2 makmal ni. Nampak kekekokannya masa nak keluarkan darah dari tapak kaki baby tadi. Dah tu bagi bacaan yang salah pulak tu. Sabar je la.

Mulanya bacaan yg diberi 13+mg/dl, kira tinggi la jugak kan, nurse tu siap bagi tarikh untuk repeat check darah lagi next week. Masa tu memang dah rasa down, ya la rasanya dah buat seperti yg dinasihatkan dah,
baby menyusu okey, buang air besar dan kecil pun okey jugak, time tidur dia tidur bila lapar dia jaga, saya ni pun berpantang segala benda, pil-pil pun tak makan, ikan goreng kosong jer pendek kata berpantang macam zaman mak-mak kita dulu, makan benda-benda yg kering, ikan kering la ikan bilis la, ikan goreng bodo2 la, kalau ayam goreng tu jer terbabas ada kunyit(hmm even kunyit pun nak kena pantang tau)tapi bukan la sepanjang masa kering ada masa sayur air tu ada jugak la dalam menu berpantangnya. lagipun naluri keibuan kata dah turun pada tahap yg tak perlu nak dibimbangkan.Tapi...

Kalau korang la, apa perasaan korang kalau baru jer keluar dari pintu klinik tetiba nurse panggil masuk balik sebab bacaan tadi salah. Hangin tak korang? Dah tu jauh sangat bacaan salah ngan bacaan yg betulnya. Result check darah yg betulnya cuma 8+mg/lb jer. Ni la masalah bila staff makmal bercuti, yg ganti tak tahu mesin check darah tu kena kasi warm up lama skit baru boleh digunakan. nasib la kan janji bacaannya turun bukan semakin naik...

No comments:

Post a Comment