Pilihan antara Wordpress atau Joomla.


Bila tak de kerje, camni la, entry berderet kongsi apa sahaja info yg terlintas kat kepala nak dikongsi,haru sungguh kan, kalau semua benda yg dibaca semua benda jugak nak dikongsi kat sini, ada blog ni dari personal blog totally bertukar pada info blog pulak... melalut... melalut... melalut.... tak sah kalau tak ke laut blog nih (*_-)

Apa2 la labu...

Kali ni nak kongsi pasal penggunaan Wordpress dan Joomla secara kasar.

1) Wordpress :
  • Dikatakan lebih sesuai sebagai platform untuk berblog.
  • Boleh dijadikan CMS (content management sysytem) dengan pemasangan plugins tertentu dan edit fungsi theme.
  • Pilihan yg lebih tepat bagi yang ingin berblog berbanding menggunakan Joomla
  • Secara teknikalnya lebih mesra pengguna dan tidak rumit untuk digunakan
  • Dikatakan lebih sesuai bagi yg baru nak berjinak2 dengan dunia blog.
  • Plugins untuk wordpress lebih senang untuk diaplikasikan dan di customize

2) Joomla :
  • Lebih sesuai untuk sistem laman web.
  • Bersifat CMS (content management system)
  • Lebih sesuai bagi yang ingin membuka website seperti web sekolah, company , forum dan lain - lain.
  • Lebih teknikal dan sedikit rumit berbanding penggunaan Wordpress.
  • Lebih sesuai bagi yg dah ada pengalaman dan pengetahuan tentang PHP
  • Ada pendapat mengatakan plugins untuk Joomla susah sedikit nak customize berbanding plugins wordpress.

Nak lebih info pasal ni tanya pada yg pakar okey..ni pun saje jer buat entry ni sebab tertanya2 jugak apa perbezaan wordpress dan Joomla ni. Bila dah buat senarai secara kasar camni baru tahu serba sedikit pasal Joomla ni. Apa2 pun bagi yg tak tahu nak pilih Wordpress atau Joomla, tanya diri sendiri dulu, sama ada nak buka blog atau nak buat website, mana yg lebih berbaloi dan sesuai mengikut tujuan masing2...

Daaaa.....

2 comments:

  1. pernah jugak dengor blogger yg sebut pasal joomla ni.. tp malas nak amik port... belum ade keperluan.. ekekkeke..

    ReplyDelete