Self Hosted, Hosting, Web Hosting...


Dalam Entry "Kenali Istilah Domain dan Hosting"  apa yang di maksudkan dengan hosting, telah pun terjawab. So entry kali ni sekadar penerangan lanjut berkaitan dengan hosting atau web hosting ni.

Kenapa Web hosting penting?
Web hosting amat penting bagi membolehkan sesebuah laman web untuk berada di internet. Sesebuah Web Hosting pula memerlukan pelayan web atau web server bagi tujuan penyimpanan fail-fail web tersebut. Secara teorinya,  Web Server bermaksud sebuah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga perlu disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Antara sebab mengapa sesebuah laman web itu tidak dihoskan sendiri adalah kerana:

1. Kos yang mahal bagi memiliki perisian server (web server, mail server, firewall, anti virus dan lain-lain).

2. Server memerlukan talian internet jalur lebar selama 24 jam sehari, dan ianya memerlukan belanja yang mahal.

3. Bukan sahaja belanjanya mahal, malah pengendalian server 24 jam juga memerlukan pekerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi.

Pada Masa sekarang ni, boleh dikatakan sesiapa sahaja berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan web hosting atau berblog dengan host sendiri (self hosted). Ini kerana terdapat pelbagai pakej yg ditawarkan oleh pengendali web hosting tidak kira didalam negara mahupun di luar negara.

Dibawah  adalah beberapa ciri penting yang perlu anda tahu sebelum memilih Web Hosting.

1. Sistem Operasi (OS) - Pastikan jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Unix, Linux)

2. Ruang Cakera (Disk Space) - Berapa jumlah ruang cakera yang disediakan. Ruang cakera disukat dalam bytes, megabytes (MB), atau gigabytes (GB). Bagi laman web berskala kecil yang mengandungi tidak lebih dari 100 halaman tanpa imej dan fail video, ruang cakera 25 MB sudah memadai.

3. Jalur Lebar (Bandwidth) - Berapa jumlah jalur lebar yang disediakan dalam sebulan. Jalur lebar ialah sukatan bagi jumlah kuantiti pemindahan fail yang berlaku apabila pengguna mengakses fail-fail sesebuah laman web. Bagi laman web yang kurang dikenali ramai dengan jumlah trafik yang rendah, 1-2 GB sebulan adalah mencukupi.

4. Akses FTP - Akses FTP adalah perlu bagi membolehkan anda memuat naik (upload) fail-fail web ke dalam server. Sesetengah web hosting (biasanya yang percuma) tidak menawarkan akses FTP.

5. Sokongan pelanggan - Kriteria ini amat perlu sebelum memilih web hosting. Samada melalui emel, telefon atau live chat anda boleh mencubanya sebelum mendaftar perkhidmatan mereka. Perhatikan cara mereka memberikan jawapan dan kepantasan menjawab semasa memberikan respon.

6. Jaminan uptime - Jaminan uptime sekurang-kurangnya 99.5% adalah perlu bagi sesebuah laman web. Uptime 100% mungkin akan melibatkan kos yang tinggi, bagaimanapun elakkan jaminan uptime yang kurang dari 99.5%.

Seeloknya buat lah sedikit survey dan senaraikan syarikat yg menawarkan hosting berbayar ini. Buatlah sedikit kajian berkaitan senarai pengendali web hosting tadi dengan :

1. Masuk ke forum-forum tempatan dan luar negara dan tanyakan pendapat dan cadangan mereka berdasarkan pengalaman masing-masing.

2. Masuk ke laman web reviu dan baca respon-respon pengguna yang pernah menggunakan sesuatu perkhidmatan.

Next entry, story pasal tips pemilihan hosting pulak eik..Daaa!!!!

Sumber : ilmuit.com

No comments:

Post a Comment