Tips pemilihan hosting.


Sambungan dari entry "hosting" sebelum ni, Bagi yg nak tahu apa itu hosting boleh rujuk entry " Kenali istilah domain dan hosting". Dibawah ni saya senaraikan beberapa kriteria pemilihan hosting secara general (sumber : ilmuit.com).

1) Kelajuan
Jika laman web anda disimpan di dalam negara, pengunjung dapat memuat turun data ke dalam komputer dengan cepat. Bagaimanapun, terdapat juga syarikat-syarikat hosting yang menjual semula (resell) daripada syarikat hosting yang lain - syarikat ini boleh beroperasi di dalam negara tetapi meletakkan pelayannya di luar negara. Anda mungkin fikir perkhidmatan yang anda terima adalah daripada syarikat tempatan, hakikatnya anda terima dari tempat yang lain.

Untuk mengetahui samada sesebuah syarikat hosting itu menggunakan pelayan tempatan atau tidak, dapatkan alamat IP syarikat tersebut menggunakan program Ping. Kemudian masukkan alamat IP yang anda terima tadi ke dalam program seperti NeoTrace untuk mengesan kedudukan sebenar pelayan syarikat itu.

2) Sokongan Teknikal
Teknologi tidak dapat lari dari masalah. Begitu juga dengan Web Hosting. Jika laman web anda gagal diakses sepertimana biasa, ia perlu dibaiki segera. Dalam keadaan ini, anda perlukan sokongan teknikal yang cepat terutama sekali melalui panggilan telefon. Bayangkan jika syarikat web hosting anda berada di luar negara, sudah tentu akan memakan kos yang tinggi setiap kali untuk menghubungi mereka.

3) Hati-hati dengan "Scam"
Pernah dengar istilah "unlimited storage" dan "unlimited bandwidth"? Atau mungkin anda pernah jumpa syarikat hosting yang menawarkan perkhidmatan sewa RM5 setahun. Hati-hati dengan tawaran-tawaran seperti ini. Kemungkinan besar ia adalah satu perangkap. Fikirkan, dengan pendapatan tahunan sebanyak itu, mustahil mereka mampu untuk jalankan perniagaan ini.

Secara teknikalnya "unlimited storage" adalah tidak munasabah. Tiada sistem komputer yang mampu menyimpan maklumat tanpa had. Semuanya ada had. Bayangkan jika anda menulis program ringkas sebesar 10kilobytes dan program ini akan disimpan ke dalam hosting setiap saat, dalam masa 24 jam, saiz storan sudah mencecah 843.75 gigabytes. Kalau seminggu? Sebulan? Cuba anda hitung sendiri. Tiada hosting yang mampu untuk buat begitu.

Tiada satu pun pembekal hosting yang mampu menawarkan "unlimited" data transfer. Ini kerana setiap data transfer akan melibatkan kos. Selain anda, mereka juga terpaksa membayar setiap data transfer yang digunakan kepada syarikat kabel antarabangsa. Jadi dimana logiknya mereka boleh berikan data transfer kepada anda secara percuma.

4) Pilih Ikut Keperluan
Pilih syarikat web hosting mengikut keperluan anda. Luangkan sedikit masa untuk menyenaraikan keperluan-keperluan penting supaya anda sentiasa hemat berbelanja. Berikut adalah senarai pendek yang diperlukan sebelum menyewa syarikat hosting.

1) Bagaimana bayaran boleh dibuat? (bulanan/tahunan)
2) Berapa ruang storan yang diperlukan?
3) Berapa data transfer yang diperlukan dalam sebulan?
4) Anda perlukan akaun emel? Berapa banyak?
5) Anda perlukan database? (MySQL/MSSQL/PostgreSQL)
6) Anda perlukan Server Side scripting? (ASP/PHP/CFM/Perl/CGI)
7) Jenis panel kawalan yang ingin digunakan? (Cpanel/Helm/DirectAdmin/Plesk).

Selain dari kriteria kat atas, mungkin anda boleh juga pertimbangkan tips dibawah ni (sumber : forum wangcyber.com):

1.) Pastikan syarikat tersebut dah beroperasi lebih dari dua tahun. Ini kerana syarikat yg telah lama beroperasi kedudukannya lebih stabil.

2.) Sebelum beli, test dulu response dari customer service mereka:
a. Email mereka dan tengok berapa lama sebelum mereka membalas email anda.
b. Kalau hosting tempatan, telefon mereka dan tanyakan soalan-soalan mengenai tawaran hosting mereka.
c. Jika host dari luar negara, gunakan Live Chat / Live Support untuk bertanya soalan kepada hosting customer service.

3.) Tentukan matlamat hosting anda:

a. Kalau baru nak mula, seperti hanya nak bina sebuah blog atau website kecil, mulakan dengan pakej murah saja.

b. Tentukan KOS HOSTING BULANAN yang anda sanggup dan mampu bayar. Ini bagi memastikan anda cukup wang untuk bayar hosting setiap bulan melalui kad kredit / kad debit / paypal .... atau maybank2u / CIMB (tempatan).

Pakej Hosting Yang Biasa Dipilih untuk Mereka Yang Baru Nak Bermula Jadi Webmaster:

1.) Jenis hosting: Shared Hosting.

2.) Diskspace: 5GB pun dah ok, lebih lagi bagus.

3.) Bandwidth: 50GB (bergantung pada trafik dan anggaran trafik).

4.) Preferably pakai CPanel.
- sebab: kebanyakkan skrip-skrip dalam internet marketing menggunakan fungsi pada cPanel / supported by cPanel.
Sebagai contoh: skrip JVManager, Butterfly Marketing, etc mengintegrasikan cPanel.

Bersambung di entry seterusnya untuk mengetahui jenis2 hosting pulak eik...daaaa!!!!

No comments:

Post a Comment