Jom gosip pasal backlink..


Maaf terlambat kuar entry pasal cerita backlink ni. Anak dara tak nak tidur, panas sangat cuaca hari ni. Tapi sebelum kita gosip-gosip pasal backlink ni nak kasi tahu la, saya bukan pandai sangat berkaitan hal ni, pepandai jer nak buat entry bagai kan, ada bagi ajaran sesat pulak kang. Tapi sebab ada yang tak tahu dan nak tahu di entry " Siapa nak backlinks percuma rajin2 la komen kat blog tecit ni (^_^)" pasal backlink ni so saya cuba terangkan setakat yg saya faham la eik. Buat yg pakar kalau ada yg tersilap minta betulkan.

Apa itu Backlink?
Backlinks ialah sesuatu link (url/alamat blog kita sendiri) yang masuk ke atau diterima oleh blog kita. Senang cerita URL blog kita berada di blog kawan kita tak kira kawan kita tu letak URL kita dalam post ke atau dalam bloglist dia, secara tak langsung kita akan menerima backlink.   Backlink juga disebut sebagai incoming links, inbound links, inlinks, dan inward links. Nak senang korang boleh baca definasi backlink ni di wikipedia.

Umumnya backlink boleh dibahagi kepada 2 iaitu :
1. Internal Link ~ Link dari blog yang sama. Sebagai contoh, Blog A mempunyai Post 1, post 2 dan post 3. Dan Internal Link berlaku apabila di Post 3, ada link dari post 2 dan post 1.


2.External Link ~ Merupakan link yang diterima masuk dari blog luar. Sebagai contoh, Site B menerima link Dari Site A.

Seseorang itu boleh mendapat atau memberi backlink melalui :
  • Bloglist
  • Contest atau GA- antara syarat contest/GA ialah kena letak link penganjur dan banner yg ada link ke blog penganjur. Senarai peserta beserta url blog di blog penganjur juga secara tak langsung memberi backlink semula ke blog peserta . 
  • Apabila entry kita di copy paste oleh orang2 yg berhemah yg memberi kredit (link semula) ke entry kita
  • Bila kita tag kawan kita dan kita ditag (dengan syarat ada link ke url blog pada nama yg di tag itu)
  • forum - bila kita komen di thread forum kita sertakan sekali url blog kita di bahagian signaturesebagai contoh.
  • Bila kita join segmen review oleh blogger lain, pasti dalam entry riview tersebut akan ada link ke blog kita kan.
  • Bila kita komen di blog yang berstatus dofollow , atau bila kita letakkan sekali URl blog kita time komen di blog orang lain.
  • Bila kita bagi perkhidmatan edit templates blog seseorang, kita letakkan di bahagian footer theme/templates tersebut.
  • melalui exchage banner juga backlink boleh terhasil.
  • Bila kita guna sesuatu widget dari sumber tertentu secara tak langsung kita beri backlink kepada pembuat widget (dengan syarat kita tak buang link pembuat widget tu la)

Penting ke backlink ni?
Untuk lebih faham, cuba korang fikir kenapa wujudnya bussiness card? Kalau kita nak orang kenal dan senang nak cari kita untuk dapatkan perkhidmatan atau produk kita, (dulu-dulu glamour la buss. kad ni kan?), kita akan kasi buss. card, jumpa kawan ni kita kasi buss. card, kita jumpa orang lain bagi lagi, lama-lama buss kad kita tersebar ke serata tempat. Agaknya berapa banyak buss. kad yang di perlukan untuk promosi perniagaan atau produk kita agar senang orang nak contact kita?

Cam tu jugak la pentingnya backlink ni, Kalau kita nak ramai pelawat bertandang ke blog kita melalui search engine seperti google, yahoo atau bing, perlu la ada banyak backlink yang masuk ke blog kita. Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka makin popular website tersebut sekali gus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.

Bila kita ada banyak backlink, kedudukan blog kita dari segi pagerank dan search engine ranking position juga akan turut meningkat. Bak kata pakar, backlink yang banyak akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web @ blog. Bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci – kata kunci (keyword) tertentu.  Sebagai contoh, tengok jer iklan kat bawah ni, punya la orang kejar backlink sampai ada yang tawarkan backlink dengan harga tertentu kan.

Tapi perlu di ingat backlink sahaja tak cukup untuk melayakkan blog kita berada di posisi pertama dalam search engine ranking position (SERP) , banyak faktor lain yang turut menyumbang contoh content atau post yang baik. Sama macam sebarkan buss. kad tu jugak, kalau produk atau perkhidmatan kita teruk dan cincai, sebar banyak mana pun buss. kad orang tak kan cari kita punya la.

Sebagai selingan kat bawah ni jumlah backlink ke blog tecit saya ni, sikit jer.


Dan sememangnya blog ni, pelawat lagi ramai dari search engine for no reasons (^_^)


3 comments:

  1. hoho...
    ok ni ayat yg buat saya konon2 nak ikut juga, tp apa ke caranyerr?
    "Sebabnya kesemua blog saya adalah dofollow blog......Saya sendiri pun dah terlupa sejak bila saya tukar blog ni dari nofollow kepada dofollow blog."

    err..paham ke idak ni

    ReplyDelete
  2. thanks for info..
    paham jg sikit2.. huhuhu...

    ReplyDelete