Blogger pun dah guna Aplikasi Android...


Terasa ketinggalan jauh kebelakang sungguh, usahkan kata nak guna applikasi android ni untuk update blog malah update blog via phone saje pun tak pernah buat lagi. Adat la kan pakai phone cikai jer, bukan iphone atau blackberry atau yg seumpama ngan nya. Dalam mimpi jer la nak pakai phone yg canggih-canggih tu, ni kan plak nak pakai gadget yg ada Android OS bagai nih. Telefon pun still pakai prepaid tak sesuai nak pakai phone canggih-canggih kalau kredit yg ada pun setakat cukup nak calling-calling hubby jer (*_-)

Lagipun saya ni, bukan la setegar bloggers yg lain tu, even kalau saya ada duit pun senarai atas yg saya nak beli ialah peralatan dapur. Huh terasa rindunya nak memasak, dah abis pantang nanti akan ku cover balik projek masak memasak nih, Konon jer la!!!

Okey la, apa kata kita usha-usha apa Aplikasi Android ni boleh buat:
  • Multiple accounts and blogs - Kalau korang ada beberapa akaun dan beberapa blog, mudah untuk korang bertukar dari satu akaun ke satu akaun atau dari satu blog ke satu blog dengan menggunakan aplikasi ini.
  • Write and save/publish - Cam guna lappy jugak la boleh tulis kemudian bergantung pada kita nak publish terus atau nak save as draft jer.
  • Photos from camera and gallery - Masukkan gambar direct dari gadget korang 
  • Sharing to Blogger from gallery or browser:
  • Share location - Boleh letak status lokasi anda berada dengan mengaktifkan lokasi bar dan boleh masukkan maklumat ini dalam post korang.
  • View saved/published posts - boleh juga tengok senarai post yg disimpan sebagai draft dan yg dah dipublish

Menarik??? Kalau tertarik cepat-cepat dapatkan gadget yg ada aplikasi Android ni...

Selamat Berblogging walau dari cara mana pun anda berblog!!!

No comments:

Post a Comment