Dulu jepun sekarang korea...


Sejak balik ke Jengka ni mood nak berblog kurang sikit, mungkin sebab baby Ainul masih belum sesuaikan diri kat rumah baru kot. Ish ish ish baby Ainul ker mama nya yg belum menyesuaikan diri lagi ni? Korang rasa? Yup betul tu mama nya ni yg sebenar-benarnya masih mencari rentak nak mengatur jadual harian. Sebelum ni status anak 2, sekarang status anak 3 kan, bila bertambah anak bertambah la ragam yang nak dilayannya.

Eh melalut ke lain pulak. Okey la, kalau korang tengok tajuk entry ni korang boleh agak tak apa isi entry ni "Dulu Jepun Sekarang Korea"?

Betul tu betul, ni nak gosip-gosip pasal drama la ni. Dulu-dulu zaman budak remaja minat tengok cerita jepun, pastu dah remaja belia jadi terpikat tengok korea pulak. Ala korang pun sama kan, mesti pernah demam layan cerita korea kan,cam Winter sonata ? huhuhuu ramai yg kata citer tu tangkap leleh tapi saya jer yang tak khatam tengok . Tah la bab-bab cerita yang sedih-sedih ni kurang sikit nak tengok (-_-)

Selain cerita Winter Sonata tu, Drama korea yg mana yang jadi kesukaan korang? mmmmm sekarang ni korang masih layan lagi tak drama-drama korea ni? Saya time duduk kat kampung ada masa layan la jugak sebab, adik2 dan kakak2 saya memang peminat drama korea ni, bukan setakat drama jer, lagu korea, talk show, rancangan hiburan sampaikan gosip-gosip artis korea pun diaorang layan, naik pening my mum tengok, asyik-asyik korea ajer. Tak habis tengok kat TV layan pulak kat laptop. Nasib baik la saya tak macam tu, kalau tak ada my hubby jealous, asyik-asyik layan hero korea jer kan? (*_-)

Tapi show yg satu ni my hubby layan jugak. Best!!!
Lets Go Dream Team
Kat ch 391, setiap hari rabu jam 5 ptg


Sebut bab korea ni, baru-baru artis popular korea , Rain di pilih oleh pembaca-pembaca Time sebagai "The most influential people in the world " . Memang popular la Rain ni, bukan setakat kat Korea jer, kat Malaysia ni pun ramai peminat dia. Satu Drama yang dia berlakon yang saya masih ingat ialah cerita kat bawah ni, sebab jalan cerita dia ringan jer (^_^)


6 comments:

  1. oh..
    TK kurang minat..
    lebih suka citer melayu dan omputih..
    tp kdang2 tngok jg, bab2 nama plakon mmg TK x kenal, amik cakna pun..

    ReplyDelete
  2. psal vco, TK amik hari2 skrg..
    rasa ada perubahan gak, bngun pg lebih segar, kt muka pun sapu, ganti olay.. awal2 tu bminyak gak rasanya masa panas terik ni, tp skrg ok dh.. rasa kulit lbh lembut la kak..
    overall, puas ati..
    dh cuba lum?

    ReplyDelete
  3. ila pun tak khatam tgk citer winter sonata tu..meleleh sangat...tp ila lebih suka citer jepun...

    ReplyDelete
  4. ada 2 cite korea yg saya suka dn tgk smpai abis. pastu taknak tgk dh lain2, nnti nak melekat jek.
    apa ke tajuk eh, tak ingat pulok

    ReplyDelete
  5. ada gak yg amie suka..dulu giler suka.tiap2 hari nak tgk tp skrng dah kureng ...sebab x sempat kut..

    ReplyDelete
  6. now avalaible Korea Entertainment on your television for free:

    LBS tv Movie
    LBS tv Drama
    LBS tv Music
    KBS OKTN
    Jak TV
    B channel

    for more info click : http://www.lyngsat.com/freetv/Indonesia.html

    ReplyDelete