Konsep U Follow I Follow back tak kan berjaya kalau....


Ramai bloggers yang promote konsep U follow I follow back atau dalam bahasa melayu kita kalau awak jadi follower saya , saya akan jadi follower awak balik. Even kalau tak letak perkataan seumpama dengan U follow I Follow back sebagai title kat sidebar untuk widget follower atau GFC tu pun mesti diaorang akan buat special entry ucap terima kasih pada yang sudi follow blog diaorang sekali dengan penyataan yang diaorang akan berkunjung balas ke blog follower diaorang kan?

Eh korang pun mesti akan buat camtu jugak kan? Terutama bagi yang baru nak menapak kat dunia blogging. Even kalau tanpa title sebegitu di widget follower atau tanpa special entry sekalipun, secara naturalnya konsep U follow I follow back ni korang practisekan..tul tak? paling kurang pun buat kunjungan balas even tak nak berbalas follow memfollow kan? or korang memang jenis yang tak kisah siapa yang jadi follower korang?

Bagi yang rajin blogwalking ada dua kemungkinan tujuan BW tu dibuat. First untuk upkan trafik blog sendiri dan promote blog . Second sebab nak promote blog dan tambah kenalan. Yang first tu mungkin hanya sekadar tinggalkan jejak di shoutbox atau chatbox saje , tapi kalau yang second tu berkemungkinan sambil BW sambil jadi follower.


Tujuan jadi follower satu-satu blog ni pun ada bermacam-macam jenis. Ada yang follow sebab

  • memang dia suka baca entry kat blog tu 
  • Ada juga yg follow sebab blog tu blog fofular
  • Ada juga yang jenis follow bersyarat, means kalau dia follow satu-satu blog tu dia nak blog tu follow dia balik kalau tak dia akan unfollow blog tu semula.
  • Ada juga niat nak tambah follower blog sendiri dengan jadi follower blog lain tapi tak kisah sangat blog yg di follow tadi follow balik atau tak. 
  • Follow sebab dari komuniti atau dari negeri atau dari daerah yang sama
  • Follow sebab nak penuhi syarat nak join giveaway atau contest jer.

Tak kira la apa tujuan korang follow satu-satu blog tu, tapi satu jer nasihat saya, kalau boleh tolong la letak link blog korang dalam profile blogger korang tuh. Sebab susah tahu owner-owner bagi blog yang korang dah follow tu nak follow balik.

Kalau dah tak letak link blog kat profile pastu malas pulak nak tinggal jejak atau masej kat shoutbox/chatbox atau kat kotak komen jangan salahkan owner blog yang korang dah follow tu kalau tak follow korang balik.

Bukan susah pun nak letak link blog korang kat profile korang tuh, pergi jer kat bahagian edit profile dan pilih bahagian cam kat bawah ni:

Dengan cara ni senang sikit nak trace blog korang tau....

7 comments:

  1. betul tu..ila selalu gak kena macam tu...takleh nak trace saper follow...sebab follower ila letak dalm list supaya senang nak BW...klau takde,mcm mana kan

    ReplyDelete
  2. a'aa la dear..topik kita sama. saya ingatkan saya sorang je mengalami masalah pasal ni

    ReplyDelete
  3. tkasih sudi jd follower yg ke 2. sy tak kisah pun sapa2 je. tak reti nk pomot2 suh jd follower. ada, ada le, tak de, dah. bkn ada cite best2 pun.hehe

    ReplyDelete
  4. Akk cuma pnyai lmn prsnal aje, x ksh le rmai follower @ tak ngn traffik yg sdrhna, ia cma sbg rujukan anak2 di msa akn dtg. Nak pomot2 mmg x reti..

    Tp klu ada di antra teman yg sudi jd pengikut, teringin gak ntuk mmblsnya sbg ucpn tk tp itlh sbhgian kcil tk bleh djejak.

    ReplyDelete
  5. munna klu rasa blog tu ok ...follo je...klu join ga yg wajib jadi folo... folo balik... yg jerit kat shotbox suruh folo... munna follo la...

    ReplyDelete
  6. yela kak..kdng2 dorang x tinggalkan link x dapat nak tengok profile balik...

    ReplyDelete