Dofollow bukan bermaksud Follower


Entry ni kira rentetan dari entry sebelum ni , pun sebab ada yang minta buat entry pasal ni di entry "Siapa nak backlinks percuma rajin2 la komen kat blog tecit ni (^_^)" Buat Ila , Jemarioren dan Amirah saya cuba terangkan setakat yg saya faham jer eik. Kalau nak lebih faham kena tanya pakcik google la jawabnya (^_^).

Dofollow blog ~ ialah blog yang akan memberi backlink kembali ke blog korang. Jadi,semakin banyak anda komen di blog yang mempunyai fungsi “Do Follow” , maka semakin banyak lah backlink yang akan diperolehi dari blog tersebut.Seterusnya, ia mampu menaikkan taraf PR sesuatu blog dan memantapkan lagi blog anda di enjin carian. Penerangan apa itu backlink boleh tilik-tilik kat entry "Jom gosip pasal backlink..".

Nofollow blog ~ berfungsi sebaliknya, dalam erti kata lain ia tidak memberi apa-apa faedah. Korang tidak akan mendapat backlink daripada blog yang mempunyai fungsi Nofollow.

Kebaikan dan keburukan 
Dofollow
Nofollow
Kebaikan
~ Mampu meningkatkan trafik yang tinggi. Ini kerana  blog yg berstatus dofollow sering dicari pencari blog dofollow.
~ Memberikan backlink percuma kepada pembaca.
~ Meningkatkan bilangan komen pada post blog.
~ Menarik lebih banyak pengiklan untuk meletakkan iklan di blog anda.
Mampu mengurangkan SPAM di dalam blog anda.
Keburukan
~ Tidak begitu disukai oleh Google kerana memberi link keluar yang banyak. Paling ideal yang perlu ada dalam sesebuah blog, keseluruhan link mesti kurang dari 100.

~ Spammers akan meninggalkan komen di post blog tanpa membaca apa yang anda tulis. Namun ini boleh dielakkan, sekiranya komen tersebut perlu mendapat kelulusan dari Comment moderation terlebih dahulu

~ Mampu meninggalkan kesan buruk kepada SEO blog sekiranya terlalu banyak SPAM yang terhasil. Namun seperti yang saya katakan tadi. Perkara ini mampu dikawal sekiranya komen tersebut perlu mendapat kelulusan dari Comment moderation terlebih dahulu. Jadi anda sebagai Comment moderation haruslahbijak menentukan samada komen tersebut komen yang bermutu, berusur SPAM atau sebaliknya.
Pengunjung dan pengiklanan berkurangan. Namun ianya dapat diatasi sekiranya anda pandai memainkan peranan dalam pengolahan blog agar tidak membosankan, bijak dalam pemasaran blog dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan korang, secara asasnya, setting default bagi ruangan komen blogspot adalah NoFollow. Jadi untuk menukarkan kepada DoFollow. Beberapa setting pada Edit HTML perlu dilakukan.

Cara untuk menukar status dari Nofollow ke Dofollow ialah:
  1. Pergi ke bahagian Design > Edit HTMl > Tick Expand Widget Templates
    Note : Sebagai langkah keselamatan download full templates terlebih dahulu (*_-)
  2. Tekan Ctrl + F di Keyboard, Copy dan pastekan code <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=’nofollow’> dan paste  diruangan find tadi. Tekan enter
  3. Bila dah jumpa tukarkan perkataan nofollow kepada dofollow,  Contoh selepas ditukar:
  4. save


Sumber Rujukan: Anastasyea.comEncikbeliau.comMaribinablog.com

5 comments:

  1. hmmm..perlu tukar di html...ok paham, tp dah baca baik buruk kat atas tu, cam cuak2 pulak nak letak, heeee...

    ReplyDelete
  2. good info...thanks for sharing sipa dgn tutorial sekali=)

    ReplyDelete
  3. nice info! search dalam google jumpa blog ni..

    ShakRoil Entertainment

    ReplyDelete
  4. nak cuba.. tapi cam bnyak risiko jer.. cam ne nk tahu blog tu dofollow ke nofollow?

    ReplyDelete