Perlu ke sampai buka fan page ?


Terjebak dan menjebakkan diri dengan dunia blogging, boleh menemukan kita dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia. Blog pun bermacam jenis blog, komen yang diterima pun berbagai-bagai ada yang berbaur emosi, ada yang ikhlas dan macam-macam lagi la.Tak payah nak pelik tak payah nak hairan, bak kata pepatah, lain padang lain belalang lain orang lain pulak ragam nya kan. Tak payah sibuk jaga tepi kain orang lain, kadang-kadang kita pun terlatah jugak ada buat kesilapan. Adat la kan dah nama pun manusia,  perlu sentiasa diberi ingatan dan teguran.

Tapikan, saya kurang faham la kenapa perlu sampai buka fan page bila tak suka pada sesuatu perkara tu. Dulu time Ana Raffali menang Anugerah juara lagu, tang tu jugak golongan yang tak berpuas hati dengan kemenangan Ana raffali membuka fan page sebagai membantah kemenangan artis tu. Mungkin banyak lagi kot fan page yang dibuat atas sebab-sebab yang remeh temeh cam tu...

Hmmmm mungkin remeh bagi kita tapi tidak bagi mereka kan, nama pun rambut sama hitam tapi hati dan pemikiran berbeza-bezakan. Setiap sesuatu perkara tu dipandang pada sudut yang berbeza oleh individu yang berlainan. Tak semua perkara boleh memuas kan hati semua pihak,

Erk intro terlebih panjang pulak, sebenarnya bukan nak membebel apa pun, cuma nak tanya pendapat ibu-ibu je, perlu ker sampai buka fan page menyatakan ketidak puasan hati pada blog-blog yang tayang EBM bertimbun-timbun ni?

Ish sibuk tanya pendapat orang lain kan, pendapat sendiri pulak macam mana?

Pada saya cam tak wajar la pulak sampai nak buka fan page tu, cukup la sekadar suarakan ketidak puasan hati tu dengan bagi nasihat , pendapat atau pandangan di blog yang berkenaan. Setiap manusia tu ada kekhilafan masing-masing, sebagai saudara sesama islam kalau kita rasa seseoarang individu tu dah berlebih-lebih dalam sesuatu perkara elok la kita tegur dengan cara yang baik. Mungkin individu tu tak sedar yang dia dah "terover" dalam berkongsi pengalamn dia.

Saya tak la menyokong atau membantah nak publish pasal story stok EBM tu.  Sebab bagi saya semua tu bergantung pada niat kita jugak, lagipun itu hak individu dan setiap perkara tu ada pro dan kontranya. Kalau nak story pasal pro dan kontra publish story pasal EBM ni takut berjela-jela la pulak panjang entry ni. Even nak komen pasal penyataan kat bawah ni pun , belum cukup ilmu didada lagi, lagipun belum selayaknya nak berhujah pasal isu ni. :
Amalan mempertontonkan EBM Bertimbun-timbun adalah satu sifat RIAK dan TAKBUR yang perlu dijauhi oleh semua ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, kerana pahala besar yang diterima ketika memberi titisan susu ibu dikhuatiri boleh hilang dengan aktiviti mempertontonkan EBM masing2 ke khalayak ramai.
EMB adalah umpama perhiasan kita. Tak perlu dipertontonkan. Ibu-ibu MENYUSU HARUS INGAT BAHAYA SIHIR MATA - ini serious“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)
Jangan salahkan takdir jika secara tiba2 susu anda kering, ditimpa penyakit dan sebagainya
Oh ya mungkin ada  yang tertanya2 simpanan stok EBM yang penuh satu peti sejuk beku tu comfirm diminum oleh baby(anak)  atau tak?, atau soalan perah susu (EBM) ni sebab anak tak suka direct feeding ke? untuk tahu jawapan nya cuba la "gali" bak kata kak ogy , pasal info penyusuan tu, nanti korang akan tahu la sebab musababnya...

pssstttt : Tak de ker yang nak buat fan page " Kami benci golongan yang membuka aurat"  atau " kami benci golongan yang suka solek berlebih-lebihan "

7 comments:

  1. selalunya orang macam ni dia jeles sebab tak dapat..itu jer...

    ReplyDelete
  2. akak, suggestion yg last tu i likeeee...suka

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sokong!
    kalao dah x suka tu dah la..tp tak yah la provoke org lain sampai buat web page bagai..aduh lah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Rasanya statement dari page tu, you ada tertinggal beberapa perenggan disebelah atasnya, which is

    “The Prophet (peace be upon him) said: ‘If you have no shame, do as you wish.’" (al-Bukhari)

    The following hadith suggests that modesty is so important that the absence of it could lead a person to sinful behavior and disbelief.

    Fan page - "kami benci golongan yang suka solek berlebih-lebihan" pun ok gak kalau di buka ;)

    ReplyDelete