Sana sini entry pasal Royal Wedding Prince William & Kate Middleton (^_*)


Bila dah masing-masing buat entry yang lebih kurang sama tentang Royal Wedding Prince william & kate Middleton ni, jadi kurang berminat pulak nak buat entry yang sama. Kalau yang memang kejar Keywords popular untuk SEO memang akan buat entry pasal ni dari awal-awal lagi. Mesti punya la kan, rata-rata orang akan search internet pasal perkahwinan diraja ni, siapa tak nak trafik dari search engine masuk ke blog kan kan kan!

Kalau tengok kat what's Hot di alexa, pun keywords yang popular saat ni ada sangkut paut ngan royal wedding ni jugak. Rasanya rata-rata perempuan di serata dunia ni nak tengok camna rupa wedding dress Kate Middleton ni kan, Cincin kahwin pasangan ni pun dah tentu antara yang mencuri tumpuan, sampaikan bab kiss pun orang ternanti-nanti, punya la besar pengaruh media dalam mempromosikan perkahwinan diraja ni. 

Tapikan...

Tetiba pelik dengan diri sendiri, kenapa tak de rasa teruja nak ambil tahu apatah lagi nak tengok kat TV wedding of the year ni? Dulu-dulu kalau ada story pasal lady D memang teruja nak baca dan tonton, even cerita pasal william dari dia kecik-kecik sampai dah besar memang ambil tahu. Sekarang? Nak kata dah tua, ramai orang tua-tua yang ternanti-nanti nak tengok Royal Wedding ni. Tah la misteri untuk diri sendiri ni..fikir! fikir! fikir!

Korang-korang mesti tengok kan? Tak tengok live pun mesti cari kat tenet pasal ni kan? Tul tak?

4 comments:

  1. tgk berita je td..psngn yg femes skang!!

    ReplyDelete
  2. munna pun tak teruja sgt..agaknya faktor usia agaknya...

    ReplyDelete
  3. tengok on and off sbb banyak dok buat kerja lain juga. Yelah takkan ssampai tak smyg, masak, mandi dsb. hehe

    ReplyDelete
  4. hahah..keywords tu memang betul la kak..byk giler org search..tp nak kata excited sgt tu takde la..tak tengok pun..tengok gmbr2 je

    ReplyDelete