Virus bloglist melanda dunia blogger


Korang perasan tak sekarang nih dah jadi macam ada "penyakit berjangkit" pulak kat dunia berblogging ni. Seingat saya la kan, 2 tahun dulu "penyakit" ni belum wujud lagi. Erk atau memang dah start tersebar "penyakit" ni pada 2 tahun yang lepas, cuma saya jer yang tak perasan?

"Penyakit" apa?

Ish bukan "penyakit" betul pun, ala korang ni buat-buat tak tahu pulak...Korang pun join jugak kan? (*_-)

Okey la pendekkan cerita, sekarang ni kan dah jadi macam satu trend di kalangan blogger menawarkan peluang untuk listkan blog sesiapa yang berminat kat bloglist diaorang. Bukan setakat tawaran biasa-biasa sahaja, siap bersyarat kena buat entry kena tag kawan-kawan kena jadi follower. Tak kisah la kan, tu kira satu cara nak dapat backlink percuma jugak tu.

Agaknya kalau saya buat tawaran camtu ada ker yang nak join?

Tapikan mana lagi yang korang suka :

  • Exchange link suka sama suka
  • Cara klasik iaitu senarai blog yang memang kita nak follow dan link follower yang dah follow blog kita
  • Promote dekat entry peluang untuk join bloglist dibuka

ce jawab ce jawab,

Psssttt : Next week 3rd giveaway di blog tecik ni akan dilancarkan...harap ada yang sudi join la eik.

4 comments:

  1. rasanya amie masih di no 2 kut..hehe

    ReplyDelete
  2. ana,

    kalo ade kesempatan 3-3 cara tu dirembat..

    la ni ramai yg request buat n3 & letak backlink.. sbb lebih byk backlink.. akan cepat naik pagerank.. alexa pulak based on trafik...


    n3 terbaru kakyong.com
    Tak mudah nak gegar 1000 blogger
    akhirnya ku sedar diri
    Kenali sahabat ibu : Shira @ AshAnas

    ReplyDelete