Zaman pergi mengaji dulu-dulu..


Dulu dengan sekarang banyak bezanya. Masa zaman budak-budak dulu belajar mengaji tak perlu bayar yuran, sekarang ni rasanya ada yang ambil upah ngajar budak-budak mengaji kan. Mungkin dulu saya belajar dengan orang yang tiada bersijil tapi sekarang lain, ustazah atau guru yang mengajar ngaji dah berpelajaran tinggi-tinggi, paling kurang pun pergi kursus  tajwid dan bacaan. 

Teringat zaman pergi mengaji dulu, belajar dengan nenek yang kami panggil Wan Mak Itam, seorang yang tergolong dalam kategori kurang upaya. Kerana kakinya lumpuh pergerakannya terhad. Bukan setakat belajar mengaji sahaja , kami juga di ajar cara bersolat. Terasa rindu dengannya, tiada bayaran yang diminta atas ilmu yang diberi hanya keikhlasan dari anak muridnya sahaja yang diharap.

Tiada unsur paksaan hanya permintaan berdasar kesudian dari kami anak muridnya, untuk membantu dalam urusan tertentu. Bila dikenang rasa seronok dapat menolong, tapi bila difikir balik, terasa sedikit sangat pertolongan yang diberi seperti tak setimpal dengan ilmu yang diterima. Sekadar tolong membasuh pinggan, menyapu sampah, mencangkul  tanah untuk dibuat batas tanam sayur, menanam serta menyiram pokok dan sayuran, juga mengangkat air dari pam air sahaja yang mampu dibuat.

Zaman sekarang, mampu ke anak murid menolong gurunya tanpa sebarang syarat atau upah? Entah-entah mak bapak yang terlebih tak mengizinkan anak mereka membuat kerje free untuk menolong guru di luar waktu sekolah. Bukan nak membangga diri sebab pernah berbakti dengan guru satu masa dulu, cuma terfikir sekarang serba serbi guna duit, masih ada lagi kah yang ikhlas memberi ilmu tanpa mengharap upah? Bagaimana pula generasi anak-anak kita mampu ke diaorang menolong ikhlas tanpa sebarang upah? Tambah-tambah pulak sekarang seolah dah jadi trend ibubapa menyogok upah samaada dalam bentuk duit , hadiah atau janji kepada anak-anak yang menolong mereka melakukan sesuatu kerje. Pandangan korang?

5 comments:

  1. susah nak kata la kak.betulla zaman skrng duit sgt2 la matters.jdi kdng2 kita bayar secara ikhlas pun untuk masa yg guru tu luangkan la.walaupun dia kata berapa yg ikhlas, tp kita pun perlu juga fikir berapa masa dan tenaga yg dia dh spend.dulu2 mmng best kan.semua pun tk guna duit byk.pasal sogok anak dgn barang/duit tu mcm tak setuju la.kecuali kalau benda yg dicapai adalah sgt2 besar mcm dpt no 1 ke dlm periksa.kalau takat nk tolong pun kena sogok jugak, susah la camtu.perkembangan yg tak sihat

    ReplyDelete
  2. mmg dah berubah skrg ni...walaupun guru mengaji kata bayarlah ikut ikhlas.. kita pun tahu juga nak bertimbang rasa atas penat lelah guru yg mengajar tu...

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang semuanya duit..mana ada lagi kalau mengaji just kasi pulut kuning jer..upah pujn 2 ringgt sebulan..itupun kadang2 ada kadang tidak..sekarang ni nak ajar gaji mau ratus2 sebulan
    Jom Baca Dua Tempat berbeza

    ReplyDelete
  4. dulu sy ngan adik2 mak je yg ajar...lakau org lain ajar tkt kene marah...he3

    ReplyDelete
  5. zaman skrg ni dh banyak berubah...mgkin sbb anak2 dh dibiasakan buat ssuatu benda dgn syarat ada upah."ada upah ada kerja, tak ada upah blh blah". zaman cite p.ramlee dulu pn dh brmula..nak simpan rahsia..10sen!
    Kita skrg lah kena terapkan dlm diri anak2 buat kerja dgn ikhlas,pahala kan dapat berganda-ganda..

    ReplyDelete