Ainul Mardhiah "mata yang diredhai'



Nama Ainul Mardhiah ni dah lama hubby berkenan dari sebelum kami kahwin lagi. Bila buat entry 'Boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?' , baru teringat nama Ainul Mardhiah tu selain maksudnya mata yang diredhai, Ainul Mardhiah ni juga merupakan nama bidadari yg tercantik disyurga untuk para syuhada(orang yg mati syahid).

Disebabkan lagu ni la my hubby jadi suka dengan nama Ainul Mardhiah. Saya pun minat jugak dengan Nasyid nyanyian UNIC ni:




ainul mardhiah-UNIC

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Kat bawah ni pula, sebuah kisah yang memberi gambaran betapa cantiknya bidadari yang bernama Ainul Mardhiah:


Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab "inilah syurga". Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab Tidak... saya khadamnya,ainul mardhiah ada di dalam singgahsana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang  cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab. “Tidak saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...

“akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku....bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... “nanti kamu belum syahid  lagi’’tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi. Tapi sekiranya dia  shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka  (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi Muhammad saw dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.Akhirnya nabi Muhammad saw berkata “memang benar cerita sahabatkamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

So pada jejaka-jejaka bujang diluar sana,berdoa la sekiranya korang ditakdirkan mati muda, mohon la pada Allah S.W.T agar korang mati syahid bukan mati katak!

2 comments:

  1. ayat last tu takleh blah, ada cam sengal sikit. keh3..
    err..sari dua dok cite bidadari je. jangan ana, jangan

    ReplyDelete
  2. ala, cumilnya ainul...dah besa dah

    ReplyDelete