Inai dan lelaki (Antara adat dan hukum memakainya )


Pengantin dan inai secara adatnya saling berkait. Tak kira pengantin perempuan atau lelaki, zaman sekarang ni adat memakai inai masih diteruskan. Teringat masa kecik-kecik dulu, rajin mengutip daun inai dan menggiling lumat untuk dipakai dijari. Zaman sekarang banyak instant inai dah, dah tak perlu bersusah payah nak kutip dan giling daun inai tu lagi, ada yang serbuk dan ada juga yang ready made buka dan pakai terus inai dijari.
 Serbuk Inai jenama Suzana (nama saya nie..hihihi)

Tapi tahukah korang akan hukum berkaitan pemakaian inai ni? terutama bagi kaum lelaki?
Mengikut Mazhab Shafie, lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Terdapat hadith berkaitan hukum harus bagi wanita untuk memakai inai pada tangan dan kaki mereka sepertimana Hadith  Rasullullah S.A.W dibawah ini yang menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan bagi membezakan antara lelaki dan perempuan.

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dgn tujuan tabarruj, maka ia adalah haram. 

Dalam hadith lain, dinyatakan bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dengan memakai inai dijari.

Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502).

Kesimpulan dari hadith diatas, adalah haram bagi lelaki memakai inai kerana, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias.  Bagaimanapun jika sekiranya lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu keperluan atau hajat untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidaklah dimakruhkan ke atasnya untuk berinai.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah saw, katanya: Maksudnya: “Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah saw tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi
bukan dengan warna hitam, kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah saw dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah saw bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.” (Hadis riwayat Muslim)


5 comments:

  1. smpai skrg kita terkliru antra adat dan kwjipan....

    tq shre info yg bgus ni..

    ReplyDelete
  2. info yg bagus..tak pernah tahu ni

    ReplyDelete
  3. salam tumpang tanya inai suzana ni leh dpat kat mne..mak saya puas cari,,hehe..

    ReplyDelete
  4. di kedai india banyak

    ReplyDelete