Katak oh katak kenapa panggil hujan?


Apa pendapat korang tentang katak?
Ada yang suka katak ker?
rasa katak tu comel sampai boleh cium katak, anyone?
atau ada yang takut dan rasa geli bila melihat katak?
Antara banyak-banyak spesis katak, katak apa yang korang paling geli atau paling suka?
ce jawab!!!

Saya?
Hihihih tak tahu nak cakap, nak kata takut tak de apa nak ditakutkan pun, melainkan katak beracun tak pun katak pisang, sebab orang kata bahaya kalau terkena air kencing katak pisang tu, tah la betul tidak. Tapi yang pasti semua jenis katak setakat tengok pun dah rasa geli usahkan nak memegang nya. Setiap kali terserempak ngan katak, time katak melompat saya pun turut terlompat sekali...bukan terlompat sebab takut tapi lebih kepada geli tambah terkejut.

Kenapa cerita pasal katak pulak?

Sebabnya, bila duduk kat rumah atas tanah ni, tah berapa kali dah terserempak ngan katak yg masuk dalam rumah ni, katak puru tu boleh tahan lagi, tapi bab katak lembik tu yang tak tahan tu. geli geleman menengoknya. memang serah kat hubby la untuk menghalaunya...hubby you are my hero lah (*_^) hihihi!!!

2 comments:

  1. amie takutttt gila dgn tikus kak..hahaha..serius takut..nmpk kelibat kat tv pun takut..haha..dulu geli tp lepas patah kaki sebab tikus terus takut

    ReplyDelete
  2. kalo patung katak suka lah tgk,,tp kalo katak sbenar,tak sanggup nk tgk..geli...

    ReplyDelete