Kisah Si Tumit Tinggi




Namaku si tumit tinggi. Aku di beli oleh tuan ku setahun yang lepas. Hanya sekali dua sahaja aku dipakainya, selepas tuan ku disahkan hamil, aku dibiar sepi tanpa berusik.  Setahun lamanya aku terperap di rak kasut . Khidmat ku dituntut hanya kerana sandalnya rosak. Sekarang walau aku dipakainya, mulut tuan ku tidak putus-putus menyuarakan hasrat mahu mencari yang lain. Bagaimanakah nasib ku selepas ini?
Korang ingat tak, zaman sekolah dulu-dulu kita kena buat karangan cam ala-ala kat atas ni, aku sebatang pen la, aku sebuah buku la, macam - macam lagi la kan.

Eh, bukan nak story pasal karangan zaman school dulu, tapikan kalau diingat karangan zaman budak-budak dulu rasa kelakar pun ada. Adat la kan ayat budak-budak, bukan ayat pakar bahasa pun kan. karangan kat atas ni pun ambil masa jugak tau nak karang, hahaha....

Sebenarnya nak story pasal kasut tumit tinggi,
cam cerita kat atas ni la, memang sekarang ni saya pakai si tumit tinggi yang dibeli sebelum preggy dulu. Setahun bersimpan, terpaksa pakai pun sebab sandal dah rosak. Rasa nyesal pulak masa belek-belek kasut kat Mesra Mall hari tu tak beli terus, dah rasa seksa menapak ngan si tumit tinggi tu.

Bagi yang memang dah biasa pakai tumit tinggi mungkin tak de hal kot, tapi cam saya ni dah biasa pakai sandal biasa jer tetiba pakai kasut tumit tinggi memang rasa sakit-sakit kaki. Berjalan pun terpaksa berhati-hati, ya la dukung anak kan, buatnya tersalah langkah nanti tak ke naya.

Korang minat tak pakai high heels shoes ni?




3 comments:

  1. dulu masa muda belia time mula2 keje mmg sy suka pkai kasut tumit tinggi tp dah makin nk masuk ke alam 30 an ni jarang2 dah pakai..lutut sakit. maklumla berat badan pun ala2 manje bertambahnye..he3

    ReplyDelete
  2. saya plak alam tigapuluhdahterlebihbanyak *_^. standard saya kalau pakai 2 inci je.
    tgk le kdg sandal, kdg dia. selalunya gi kduri kwin je tumit2 ni.
    hahaha..karangan yg mmg takleh blah

    ReplyDelete
  3. masa kerja dulu memang suka pakai heel.. lagipun dah biasa.. lagi lah kita ni rendah kan... heheh..

    tp sekarang ni memang payah la nak bertumit tinggi, jd tak selesa

    ReplyDelete