Mekaceh semua...membebel sikit pepagi khamis ni


Pertama-tama sekali, nak minta maaf lately tiada kesempatan waktu nak membalas komen-komen korang satu persatu plus tiada juga ruang waktu nak berkunjung balas dan meninggalkan jejak kat blog korang. Sekarang pun cuma sempat touch and go je, sekadar baca entry korang tanpa tinggalkan sebarang komen. Reasons sebab sabtu ni dah nak pindah, so memang nak kena kemas semua barang.

Sekarang ni cuma tinggal kain baju, peralatan dapur sikit dan segala almari, buai dan barang-barang lain sikit. Bila dah pindah nanti mungkin tak boleh nak bersiaran untuk satu jangka waktu yang tak pasti, semuanya bergantung pada kepantasan atau ke'slow'an wakil telekom dan streamyx memindahkan line. Kalau la wakil streamyx tu respond secepat macam wakil penapis air Coway kan bagus, call lewat petang semalam, hari ni diaorang akan datang untuk sesi pindah memindah. Astro pun nanti tak sure jugak cepat atau lambat, kalau pakai astro yang biasa-biasa boleh jugak tanggal dan pasang sendiri, tapi pakai astro b-yond ni serah pada yang pakar je la.

Sepanjang (panjang la kot) tak dapat bersiaran nanti, maybe akan publish new entry jugak, tapi sekadar entry auto publish jer la. Tu pun kalau berkesempatan dan ada kerajinan untuk mencoret entry baru...

mekaceh jugak pada anak murid hubby yg sudi menolong membersihkan umah yang bakal kami duduki nanti

P/s: Kepada Sidratul Muntaha, kalau nak republish entry Boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?, dipersilakan (^_*)

4 comments:

  1. uii...penatnyaaaa nak pindah rumah..dah le ada makhluk2 kecik yg selalu nak 'tolong' kan kak..

    ReplyDelete
  2. selamat berpindah ke tempat baru. semoga selamat semuanya

    ReplyDelete
  3. pasni leh la hias rumah baru plak...:)

    ReplyDelete
  4. mmg penat bila nak pindah rumah ni...semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete