Tiada tenet pun still boleh draft entry


Sebenarnya entry ni, dah di draft jumaat last week lagi guna windows live writer, tapi disebabkan masa  last day kat rumah lama tu blogger tgh buat maintenance so tak dapat la nak publish. Bukan setakat entry ni saje, entry-entry lain yang dah dibuat auto publish untuk seminggu pun tak menjadi, kena edit balik dan publish manually la pulakkan.

Zaman sekarang even tak de line tenet or laptop pun, orang still boleh berblog berFB atau surf tenet kan. Sekarang ni dah bermacam-macam aplikasi phone untuk surf tenet nikan. Guna smartphone dah boleh berblog dimana sahaja. Tu kalau kat bandar la, kalau kat kampung atau tempat tersorok limited jugak walau guna smartphone, tambah-tambah pulak kalau pakai smartphone guna plan prepaid bukan post paid kan.

Even kalau dah kemaruk sangat nak berblog kalau tak de line tenet atau berlaku situasi camni:
blogger

kita still boleh draft entry kat laptop guna windows live writer,

Windows-Live-Writer-Logo-150x150
Bila dah ada line tenet boleh terus publish jer (*_^), senang dan memudahkan!

Cuma antara rajin dan tidak jer, cam saya malas. Malas nak menapak ke sekolah hubby untuk guna wifi sekolah walau sekadar untuk publish guna window live writer tu. Kenapa la wifi tu tak sampai ke umah ni kan, padahal rumah ni belakang sekolah jer pun. Tak kisah la tu, dah pasang semula streamyx ni, bila-bila nak surf tenet pun boleh.

3 comments:

  1. yup,
    bila guna WLW, bila2 masa jer buleh draft n3... ;)

    ReplyDelete
  2. yes...guna WLW memang syok. lagipun senang nak guna.

    ReplyDelete