Beruntungnya jadi seorang isteri


Sebenarnya tanpa kita sedar hanya dengan membuat sesuatu yang simple seperti menyediakan air minuman dan memasak makanan untuk suami, kita dah boleh kumpul banyak pahala. Kekadang kita ni banyak cari alasan dari membuat tul tak?.

hihihi saya cakap pun berdasarkan pengalaman sendiri jugak. Tah la kekadang saje cari alasan malas nak memasak, cakap tak sempat la request kata teringin nak makan itu makan ini la, even hubby tak kisah tapi sikit-sikit rasa bersalah tu tetap ada. Sebab tu la awal-awal lagi minta maaf kat suami sebelum nyatakan malas nak masak sebab teringin nak makan nasi ayam..boleh camtu?

Kalau buat air pulak kekadang bagi alasan tak baik minum air manis sokmo sokmo baik abang minum air masak cuci buah pinggang, aih camna nak jadi isteri solehah ni, kalau yang buat perkara paling simple pun asyik cipta alasan jer...

Sebagai motivasi untuk diri menjadi isteri yang solehah jom kita baca ganjaran yang Allah janjikan jika kita memberi layanan yang the best buat suami kita. 

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya.  Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a)      “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.

b)      “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c)      “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d)      “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e)      “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f)       “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g)      “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h)      “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada  bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan  taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk  syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik

4 comments:

  1. dah tau bertuah, tapi kekadang buat nakal juge, cari pasal, hiks

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, betapa Allah memuliakan kaum hawa

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, betapa Allah memuliakan kaum hawa

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, betapa Allah memuliakan kaum hawa

    ReplyDelete