Blogger sedia ruang letak favicon


Dulu-dulu pernah gak letak customized favicon kat blog ni, pastu bila boring tengok favicon tu buang, bila terasa nak letak, upload balik, kerjenya letak buang pastu letak balik je favicon kat blog ni. hari ni login blog guna blogger in draft terperasan kat bahagian Design -> Page Elements tu ada satu ruang untuk upload favicon icon.

Bagi yang tak tahu menatang apa lah agoknya favicon tu, meh nak citer sikit. Korang perasan tak kat atas browser windows atau tab korang tu ada gambar kecik lebih kurang cam gambar bawah ni:
hah tu la namanya favicon. Kiranya favicon ni beri satu identity unik tuk satu-satu blog tu, tak de la orang tengok icon blogspot tu jer kan.

Bila dah blogger buat add button terus camtu senang sikit la kan bagi yang tak berapa nak mahir ngan HTML nak try tukar guna favicon sendiri. Cumanya awal2 ni limit sikit la fungsi add button tu sebab kita cuma boleh upload gambar dalam bentuk file .ico jer. Saya malas nak mencuba nya tapi bagi yang nak cuba tapi cuma ada gambar dalam bentuk file JPEG atau PNG boleh la try convert gambar tu ke file .ico di http://www.icoconverter.com/. atau search jer kat search engine.

Tuk lebih penerangan korang boleh ke Customize Your Favicon page

No comments:

Post a Comment