Dinner dengan " Sizzling maggi tak cukup bahan " je


Teringin punya pasal , even tak cukup bahan pun, buat jugak Sizzling mee. Maggi je yang ada dalam stok, apa lagi kita bedal saje daaa. Hehehe...

Tak kisah la bahan tak berapa nak cukup pun , janji hati puas sebab dapat pujian dari hubby dengan ayat pedasnya "Biasa first time ayang buat tak berapa menjadi, tapi kali ni okey la..sedap!" Wah terus kembang bunga di taman dapat pujian cam tu...
Ni la rupanya " Sizzling maggi tak cukup bahan " pastu kurang kuah pulak tu..
Nasib la perut, asal ko kenyang cukup!

Okey la kat sini saya letak resipi asal tuk yang teringin nak mencuba!

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ bantai guna maggi jer
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 ~ x letak
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa  ~ Letak tulang temulang ayam sekali
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni ikut cara K.Nor secubit garam
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan ~ tak letak jugak, tiada dalam stok
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

1 comment:

  1. sedapnya kak...ermmm bila la amie nak jadi rajin ni

    ReplyDelete