Jika....(sambung story pasal novel)


Sekiranya ada yang bertanya novel apakah yang saya ingin lihat dijadikan drama atau filem, sejujurnya saya sendiri pun tak tahu, sebab tak banyak novel yang saya baca. Dan kalau ada novel yang melekat kat dalam ingatan pun novel yang dah di terbitkan agak lama dahulu.

Tapi zaman remaja dulu, time baca novel tu pernah gak terdetik dalam hati , bestnya kalau novel ni dijadikan sebuah drama. Siapa la yang layak pegang watak -watak tu semua. Finally ada angan-angan time baca novel tu dah pun tertunai, cam novel Ombak Rindu, hihihi tak lama lagi akan ditayangkan, bila tu tak pasti la pulak.

Sebut pasal novel Ombak Rindu ni, ada sambungan cerita pasal Izzah dan Hariz ni di Cinta..Tiada Akhirnya (Part 2) dan Rindu Cintaku (part 3). Tapi bagi saya part 1 (Ombak Rindu) yang lebih tangkap feeling, tu pendapat saya la, sebab saya jenis yang tak berapa minat kalau cerita yang bersambung-sambung ni. (^_-)

My Image
Ombak Rindu
Sinopsis
My Image
Cnta Tiada Akhirnya
Sinopsis
My Image
Rindu Cintaku
Sinopsis

Dulu-dulu ada seorang penulis novel yang boleh dikatakan saya cukup meminati hasil-hasil tulisan dia, start terminat ngan karya dia masa tahun 96 or 97 cerita "Gelora" yang diterbitkan dalam majalah Remaja. Nama penulis tu Ma lee Chuswan. Kat bawah ni antara novel2 karya dia, dan pernah gak terfikir novel Gelora tu best tuk dijadikan sebuah drama..hehehe pemikiran zaman budak-budak.

My Image
Gelora
Sinopsis
My Image
Lamaran Kedua
Sinopsis
My Image
Permata hati
Sinopsis
My Image
Selamat Tinggal Sayang
Sinopsis
My Image
Tirai Impian
Sinopsis

Kesemua novel tulisan dia yang diatas ni saya dah baca. Rasanya dah lama penulis ni menyepi dari dunia penulisan novel ni, atau saya yang tak tahu kewujudan novel terbarunya..siapa yang tahu tolong inform ya nak juga baca tulisan terbaru dia.

Dan saya amat-amat teringin jika novel di bawah ini di jadikan drama sebab nak tengok samaada skrip yang ditulis mampu meruntun jiwa sepertima feel masa baca novel ni.

Korban Kasih

6 comments:

  1. novel yg saya teringin3 sgt nak tgk di'tv'kan adalah dari ramlee awang mursyid iaitu tilogi Bagaikan puteri, Cinta sang ratu, Hijab sang pencipta dan juga Hatiku di harajuku.
    Mak datok suma2 ni bikin saya jadi tak tentu arah terutama dari 3 yg atas tu.

    ReplyDelete
  2. Hai Anamarza! Terima kasih di atas komen & minat Ana terhadap novel2 karya Ma Lee Chuswan. Saya amat2 menghargainya - TQ. Ma Lee Chuswan.

    ReplyDelete
  3. Betul..ma lee chuswan sendiri. Tapi perkembangan taklah seberapa. Ciput je. Rasanya Anamarza pun dah tahu pasal penerbitan semula novel GELORA versi baru oleh penerbit KAKI NOVEL. Diterbitkan utk kawan2semua yg sudah lama mencari-cari. Pasal Novel terbaru...akan cuba disiapkan kalau tidak ada aral melintang. TQ. ma lee chuswan

    ReplyDelete
  4. My favourite novel ' Antara Dua Persimpangan' hasil Siti Rozilah. Fuhh!!! Semua rasa ada. Kesian, marah, sayang. Yg pnting fell habis. Jalan cerita bagus sangatsangat. Dah lama cerita tu tapi bagus sangat. Congratulation to the writter sebab hasilkan sebuah karya yg sangat mantap ! Hoping so much agar cerita tu di adaptasi kn ke filem. Cairrr habissss

    ReplyDelete
  5. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah... best!

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya cerita vanilla coklat nie ada novel ke?

    ReplyDelete