Kelas mari belajar mengurut.


Sambungan dari entry sebelum ni,  S.I.B.U.K jadikan tips kebahgiaan rumahtangga,

 Pic dari http://thaiclassicmassage.webs.com/

So apa jawapan korang biasa tak urut mengurut , kebiasaannya isteri urut suami dan jarang-jarang sekali suami yang mengurut isteri kan. Sama ada si isteri tu tawar diri nak mengurut atau atas permintaan , urut mengurut ni boleh juga jadi senjata untuk merapatkan hubungan antara suami dan isteri.

Kalau situasinya memang suami yang selalu  minta diurut, sepatutnya si suami kena la ringan-ringan kan mulut memuji isteri. Just a simple words cakap "pandai la ayang mengurut" tak pun ucapan "terima kasih sayang" pun dah cukup, mesti lepas tu lagi bertambah rajin si isteri mengurut. Tul tak semua yang bergelar isteri?

Okey la, saya pun bukan pandai sgt bab-bab mengurut ni, cuma nak kongsi dan nak recall balik "Urutan Cakar Harimau dan Urutan Labah-labah" dari Ustazah Siti Bahiyah ni saje. Sejujurnya saya pun tak buat sangat urutan ni, sbb tak sesuai nak buat kat kaki kan. Dah big boss cuma lenguh di kaki dek kerana banyak berdiri sewaktu mengajar, kaki je la yang diurutnya...

Terdapat tujuh langkah yang perlu dilakukan dalam teknik urutan `cakaran harimau' dan `urutan labah-labah' ni. Bunyi cam banyak je kan tujuh tu, tapi bila dah buat simple jer langkah-langkah tu, dan tak perlu kederat yang banyak pun.

Langkah-langkah tersebut lebih kurang cam kat bawah ni, kalau nak lebih detail kena la beli buku dia eik...

1. Memula sekali seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2. Pastu urut pulak pada bahagian bahu hingga ke lengan

3. Tuk langkah ketiga buat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4 & 5. Langkah keempat dan kelima digabung dan dibuat secara berselang seli.
  • Memula buat  `cakaran harimau' menggunakan hujung jari (kuku mesti lah pendek tau klau tak mau bersilat suami kita nanti) buat la  cakaran ni bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Perlu diingat time buat Cakaran Harimau tu buat la cakaran ala-ala manja, slow-slow jgn gopoh-gopoh pulak tau. 
  • Pastu buat pulak urutan Labah-labah bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. 
6. langkah keenam pulak, genggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
7. Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu'.

itu sahaja, simple je kan. Even suami pun boleh jugak buat kat isteri urutan ni, kira bergilir la lepas dah isteri urut suami, pastu giliran suami pulak untuk mengurut isteri. Kalau nak lagi best, sapu minyak aroma terapi tu kata Ustazah Siti Bahiyah la, kalau nak tahu kebenarannya ce cuba buat sekali mesti terkezut suami korang nanti.

Untuk Motivasi kita-kita yang bergelar isteri ni agar rajin dan ikhlas mengurut suami , just ingat akan ganjaran yang akan kita dapat dari mengurut suami kita tu seperti Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

`mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa disuruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.
Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'


Sumber : http://leezadan96.blogspot.com/2009/02/urutan-labah-labah-dan-cakar-harimau.html

2 comments:

  1. Bagus bunyinya....tapi msred ni pemalu hehe...ye dgn hubby pon malu....

    ReplyDelete
  2. nk follow kat FB!

    ReplyDelete