Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


Kalau la ditakdirkan kita ditanya oleh orang bukan islam perkara yang bersangkut paut dengan hal agama islam, agak-agaknya kita boleh jawab tak. Kalau soalan yang ditanya tu hanya soalan general mungkin kita boleh jawabkan, tapi camna kalau soalan yg ditanya tu seperti tajuk kat atas tu " Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu (ie; Kaabah)? apa jawapan yang akan kita beri?

 Usah kan kata soalan cepu mas dari orang bukan islam, even soalan berkaitan ketuhanan dan ibadah dari anak kecil kita pun belum tentu kita dapat menjawab secara spontan. Ada ligat kepala nak memberi jawapan yang tepat dan mudah difahami. Teknik dan cara menjawab soalan tu pun nak kena betul, jangan sampai jawapan yang diberi makin memeningkan kepala tul tak?

Berbalik pada soalan "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" kalau korang kan apa jawapan yang korang akan beri ?  Kalau yg bertanya tu anak kecil kita jawab cara lain, dan kalau yang bertanya tu orang bukan islam, lain pulak cara menjawabnyakan?

Okey la, bukan nak berteka-teki dipagi jumaat ni, cuma nak berkongsi artikel kat bawah ni saje, mungkin dapat memberi gambaran camna nak menjawab soalan seperti di atas tadi jika yang bertanya tu orang bukan islam yg nak tahu tentang islam..

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah.. selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


"Erk.. kau betul.."


Renung-renungkan....



sumber : Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

No comments:

Post a Comment