Siapa Pandai Sila Jawab! (^_-)


Rehatkan minda di hari jumaat dengan memerah otak jawab teka - teki dibawah ya....

1. Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?

2. Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?

3. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?

4. Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

5. Lembu apakah yang selalu dicari?

6. Bom apakah yang tak pernah meletup?

7. Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

8. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

9. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

10. Limapasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Ce jawab ce jawab !!!!

3 comments:

  1. kacang² je ni
    1. sardin cap ayam
    2. Air keroh
    3. jadi pelik
    4. kembong
    5. lembu yg hilang
    6. kuih bom
    7. teksi
    8. penguin
    9. patah balik
    10. basah

    mana hadiah???......jawab ni je....
    dalam byk² buah buahan buah apa org paling sayang?

    ReplyDelete
  2. hahahhaa.. mana aci nak jawap tapi sama lak yang kat atas tu..

    azam.. buah hati kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. salam.. sesaja nak jwb.. nak gak tau betul ke x jawapannya..

    1. sardin cap ayam (ish sama la lak kan..)
    2. Ayer Keroh, Melaka
    3. ikan jadi hairan
    4. ikan kembong
    5. lembu dicucuk hidung
    6. bomba
    7. keretapi
    8. penguin
    9. patah tanduk
    10. jadi pelangi...haha

    ReplyDelete