Umur yang sesuai untuk makan ubat cacing...


Entry sambungan dari entry Kepentingan makan ubat cacing bagi kanak-kanak. Soalan kat kotak komen tu saya jawab secara general kat sini la ya.


Bagi yang buat rutin check up anak-anak di klinik kerajaan rasanya tak payah nak pening fikir bila anak kita perlu ambil ubat cacing, sebab memang nurse akan pantau jadual pengambilan setiap 6 bulan sekali tu. Tapi bagi yang buat check up kat klinik swasta (jadual suntikan dari anak umur sebulan sampai umur 18 bulan,) tak sure la pulak , maybe kena ingatkan diri sendiri kot bila perlu ambil ubat cacing tu.

Pengambilan ubat cacing ni di syorkan bermula dari kanak-kanak yang berumur setahun keatas, pengambilan sekali dalam tempoh 6 bulan, atau setahun sekali. Sampai umur berapa yang digalakkan pengambilan 6 bulan sekali ni not sure la pulak. Tapi bukan setakat budak-budak je tau yang digalakkan ambil ubat cacing ni, kita yang dah dewasa ni pun perlu sebenarnya ambil ubat cacing ni.

Cam Rifqi, start bagi ubat cacing masa umur dia 1 tahun 3 bulan.


Cadangan dos yg perlu diambil mengikut umur:
  • kanak-kanak 1 hingga 2 tahun : 5ml diperlukan sebagai dos tunggal
  • 2 tahun dan keatas (termasuk orang dewasa) : 10ml diperlukan sebagai dos tunggal
Setiap 5ml dos ubat cacing mengandungi 200mg albendazole

Peringatan : Bagi kanak-kanak dibawah umur setahun dan wanita yang sedang mengandung tidak disyorkan mengambil ubat cacing .


Contoh ubat cacing:
  1. Zoben Syrup
  2. Zoben Tablet
  3. Zental Syrup
  4. Zental Tablet
  5. Vemizol Suspension

* Safiyya dan rifqi makan jenis Zoben tu

11 comments:

  1. tak penah bagi anak ubat cacing sebab refer kat swasta. thanks for the info sis :)

    ReplyDelete
  2. sy check up kat kerajaan..tp x penah dpt pun ubat cacing ni...

    ReplyDelete
  3. anak2 kakyong belum pernah makan ubat cacing lagi... huhuuu

    ReplyDelete
  4. alamak...rasanya auni belum makan ubat cacing lagi...

    ReplyDelete
  5. saya check up kat klinik kerajaan tp tak pernah bagi pn.....anak saya suka tido menonggeng,kurang selera makan n klu makan pn tak nak badan....adakah ia bercacing

    ReplyDelete
  6. Anak saya selera makan sentiasa ada... tp tido suka menonggeng tak kira siang ke malam... badan dia semangat and buncit.. ada cacing ke? Anyway dia baru 1 year 3 month

    ReplyDelete
  7. salam...saya ade satu pertanyaan...hari tu saya ade basuh bilik air...saya gne berus...dan saya terperasan ade 2 ekor cacing halus bila saya ketuk2 berus tu...pastu saya buang cacing tu ke dlm lubang dengn jirus gne air...pas tu saya terus saya basuh tangn saya gune sabun mandi...pastu saya mandi...ade kemungkinn tak saya dijangkiti cacing...sbb esok paginya saya rasa sakit perut dan saya cirit birit..

    ReplyDelete
  8. Pengalaman ank kedua merana sebab kecacingan mengingatkan saya untuk bagi ubat cacing pada anak2 lain secukup umur 1 thn. Serik rasanya tengok anak kedua dulu cengkung sebab tak lalu makan. Masa anak pertama dia x alami camtu sebab start umur 5 bln setiap bln masuk wad sebab lelah. Ank kedua saya sihat tu yang buat saya x alert pasal ubat cacing. Masa tu umur dia dah 1 thn 5 bln. Kesian betul tgk. Bwk jumpa dktr baru tahu kena bg ubat cacing. Skrg ank ke4 sy baru masuk 1 thn. Minggu depan nk bg ubt cacing sblm terlambat.

    ReplyDelete
  9. Pengalaman ank kedua merana sebab kecacingan mengingatkan saya untuk bagi ubat cacing pada anak2 lain secukup umur 1 thn. Serik rasanya tengok anak kedua dulu cengkung sebab tak lalu makan. Masa anak pertama dia x alami camtu sebab start umur 5 bln setiap bln masuk wad sebab lelah. Ank kedua saya sihat tu yang buat saya x alert pasal ubat cacing. Masa tu umur dia dah 1 thn 5 bln. Kesian betul tgk. Bwk jumpa dktr baru tahu kena bg ubat cacing. Skrg ank ke4 sy baru masuk 1 thn. Minggu depan nk bg ubt cacing sblm terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlukah org dewasa juga makan ubat cacing dan adakah ia wsjib?

      Delete
    2. Perlukah org dewasa juga makan ubat cacing dan adakah ia wsjib?

      Delete