Cerita kek, jiran dan lagu


Walau camna sekalipun blog ni pasti akan ada cerita tentang makanan, sekalipun gambar yang disnap blur!
(^_*)

Petang semalam sempat godek kek dengan bantuan anak-anak. Biasa la kalau dah hero dan heroin yang menolong mesti akan ada sesi rebut-rebut nak tunjuk siapa yang paling pandai. Pening mama!, dek kerana kerajinan "melampau" budak berdua tu sampai hilang fokus mama dibuatnya. Akibatnya terlupa nak kurangkan kuantiti gula yang digunakan, nasib tak salah timbang!


Bila dah kek selamat masuk dalam oven untuk dibakar, tetiba hubby cakap bila kek dah masak nanti dia nak kasi jiran sikit. Erk kalau di kasi tahu nak kasi kat jiran, awal-awal lagi buat cupcakes je senang nak di agih kan.  Tak kisah la, dah niat hubby nak memberi, even kek tak berapa nak cantik dan tak berapa nak sedap, dengan rasa segannya tunaikan la jugak. Dek kerana tak plan awal2  rasa terkilan pulak sebab dapat beri sikit je, 3/4 dari kek dibahagi 2 tuk diberi pada dua biji rumah jiran.

Lepas ni kena plan awal2 la kalau nak memberi lagi,

Okey la, sebagai penutup entry, pe kata korang layan lagu berkaitan dengan jiran kat bawah ni:


3 comments:

  1. hehehe...amie pun nak jadi jiran akak la camni..jap lg pun nk citer pasal jiran gak..

    ReplyDelete
  2. tu ler kan. kalo nak bagi orang gi tau awal2. tapi kadang2 saya tak bajet pun nak bagi ke tak. kalo ada lebih, bagi le

    ReplyDelete
  3. kita berjiran bleh tak nanti bleh dapat kek....

    ReplyDelete