Food blogger vs. jalan - jalan cari makan.


Apa perkaitan antara Food blogger dan Jalan - Jalan cari makan?

Semestinya kedua-dua berkait dengan review pasal makanan tul tak?

Hehee entry ni bukan nak kupas pasal Jalan-jalan cari makan or food blogger pun. Jauh sekali nak gosip pasal blogger disaman sebanyak Rm6 juta gara-gara Kari kepala Ikan?. Tapi kan sedikit sebanyak review kita pasal makanan atau restoran ke kedai makan ke hotel ke akan mempengaruhi orang yang membaca entry kita tu kan. Walau kita bukan seorang "Food Blogger" tegar tapi bila kita buat entry promo "baik punya" tentang satu-satu menu atau restoran tertentu pasti ada yang teringin mencuba jugak kan. Pasti akan ada yang tertanya-tanya betul ke makanannya sedap bangatttt???


Bila asyik dipromo, si A cerita restoran tu best, si B pulak menyokong pendapat si A, pastinya akan ada si C dan si D yang teringin nak mencuba menu di restoran tu kan? Pastu ada la yang cari peluang nak laksanakan misi "Jalan -jalan cari makan" jugak!

Paling kurang pun bila ada yang buat entry pasal satu-satu resepi yang dah di cuba, dan dalam entry tu dia  duk ulang-ulang ayat menyatakan yang resepi tu sedaaapppp, mesti ada yang teringin nak cuba. Ditambah pulak dengan teknik deco dan cara gambar yang dirakam cukup menggoda dan menarik lagi la rasa nak cuba tul tak? á mengata diri sendiri ni

Masuk bulan puasa ni mesti ramai yang jadi food bogger kan, ramadan buffet sana sini, update resepi berbuka, menu bersahur, promosi biskut raya dan aktiviti menggodek resepi biskut dan kuih raya. á ala tak yah kata kat orang lain , tah-tah diri sendiri yang buat entry pasal tu semua kan (^_-)

Sebagai penutup pe kata korang layan kartun kat bawah ni:









1 comment: