Moist Chocolate Mayonnaise Cake & Award


Sebelum tayang kek coklat mayonis, meh nak tayang award yang dihadiahkan oleh cik Kunang - Kunang. Thank bebanyak kasi award ni, suka ada orang sudi kasi award sampai tak reti nak tulis apa dah (^_-)

Sebab ada yg sudi memberi, saya pun ngan senang hatinya nak perpanjangkan award ni kepada yang rajin beramah mesra kat blog ni sepanjang bulan 6 ari tu dan bulan 7 ni. Harap korang sudi terima la ya



Okey la yang ni pulak sedikit gambar kek yang di buat semalam. Kek coklat yang tak guna telur, tiada butter/margerin atau minyak sebab guna mayonis sahaja. Not bad la rasa dia tak beza mana ngan kek yang guna telur tu .



Ni resepinya bagi yang nak mencuba...

MOIST CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE
Resepi : Chef Asma
Sumber : jasmeen.fotopages.com

Bahan-bahan:
(A) 90g serbuk koko
576ml air panas

(B) 500g tepung Superfine
12g soda bicarbonate
400g gula castor
500g mayonnaise (boleh guna plain yogurt)

Cara:
• Bancuh bahan (A), ketepikan.
• Ayak tepung & soda bikarbonat.
• Satukan bahan (A) & (B) kacau sebati.
• Tuang dlm loyang yg telah digris & lapis greasepaper bhgn bwh saja
• Bakar 150oC hingga masak (ikut oven masing2)

Nota:
Chef Asma buat 1 adunan untuk loyang 4 segi 10”X10”X 1” dapat 2 loyang jadi tak payah potong. Lapis coklat ganache tindan 2 lapis.
Che’pah buat ½ adunan untuk loyang bulat 8” diameter

CHOCOLATE GANACHE

Bahan:
550ml UHT Whipping Cream
30g butter
15g glucose syrup
900g dark chocolate

Cara:
Panaskan dark choc guna teknik double boiling
Masukkan UHT whipping cream
Angkat & masukkan glucose syrup & butter


Untuk topping saya guna yg ni:

Topping mudah tapi sedap 
( Sumber : Sinar Kehidupan @ http://yatiememories.blogspot.com/2011/06/black-beauty-chocolate-cake.html )
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter
Cara- Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

3 comments:

  1. waahh...ini resepi baru ni. mesti ambil :) kita copy ye kak resepi kek ni...ada masa terluang nak try buat lah...

    * terima kasih untuk award ni :)

    ReplyDelete
  2. wah,daapt awrd yer..akan dipanjangkan...mekasih

    ReplyDelete
  3. sedapnye kek coklat ni..suke3...:)

    ReplyDelete