Simple Black Beauty Chocolate Cake



Seperti yg dah dicoret kat entry sebelum ni, kali ni just nak share resipi kek coklat sempena my besday, deco simple2 je. For me not bad la kek ni, dan nak membuatnya pun tak susah. Tapi saya just buat separuh dari adunan asal.

So pe kata kita tengok bahan-bahan dan cara nak membuatnya:

Black Beauty Chocolate Cake
Resepi asal dari Mak Lang@ http://maklangazie.blogspot.com/2010/01/black-beauty-choc-cake.html
CnP dari sinar kehidupanku @ http://yatiememories.blogspot.com/2011/06/black-beauty-chocolate-cake.html

Bahan A

2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B

2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Cara-Cara

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Cara- Cara

Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. hepi birthday akak..
    moga pnjg umo dan d murahi rezeki akak skluarga. bahagia ke akhir hayat..

    kek coklat?
    sedap tu, TK suka sangt..
    mintak sikit boleh?
    please..

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun
    semoga panjang umur, murah rezeki& dikurniakan kesiahtan yg baik.

    ReplyDelete
  3. senang giler bhn2 nya kak..teringin la nak makan..nak buat la nanti

    ReplyDelete