Super Moist Eggless Chocolate Cake versi cup


Selamat petang, dah minum petang ke? kitaorang makan Super Moist Eggless Chocolate Cake sahaja. Nak buat kek ni simple sesangat, sambil pegang Ainul pun boleh sediakan bahan dan godek-godek kek ni tau. Nak suruh anak-anak kecik buatkan pun boleh tapi under pemerhatian la kan.

Hubby tegur "sekarang ni asyik guna kamera telefon jer!" 
Nak buat camna tah kemana duduknya kamera , malas nak mencarinya!


Tapi kalau ade anak-anak yang hyper aktif asyik nak berebut tak gheti nak mengalah, kena fikir 100x la kalau nak ajak diaorang. Huhuhu poning kepala mama dibuatnya, terlebih rajin tu la gayanya, minta tolong tengok tapi dua-dua berebut nak tolong kacau kek ni. Nasib baik tak terpelanting whisk tu dek penangan budak berdua ni, Si Ainul pun sama sibuk nak tolong jugak...Pengsan!

Okey la bagi yg nak buat aktiviti ngan anak-anak boleh cuba resipi kat bawah ni ya. Resepi kek coklat tanpa telur yg moist gituuu!!!

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



3 comments:

  1. alamak....akak dah jeleskan saya sekali lg dgn kek ni :) saya dah lama sgt tak membakar kek huhu. hari tu baru ckp nak buat kek :)

    ReplyDelete
  2. Ana,
    kalo guna cup, brp lama yer nak dibakar??

    ReplyDelete