Biskut Bebola Cornflakes 2011


Biskut Bebola Cornflakes 2011

Punya la pemalas dah tak rupa bebola dah jadinya, gini la padahnya bila buat kuih time siang-siang hari. Banyak sungguh dugaannya, yg ni nak itu la, yg si kecik nangis letih meniarap la. sabar je la!!!!

Nasib baik la nak buat kuih ni senang je tak cerewet mana, biar la tak de rupa pun asal siap semuanya udah la. Boleh camtu? hihihhihi gitu la pemikiran time tengah-tengah duk godek kuih ni. Tabik spring sungguh la pada yang gigih buat bermacam-macam jenis kuih raya tu. Saya ni niat je lebih kekonon nak membuat sendiri kuih raya. baru satu dua jenis dah rasa malas... Tak sabar nak abiskan satu adunan kuih tu camna nak buat dua tiga adunan..(T_T)

Okey la bagi yang nak cuba bleh try resepi kat bawah ni:

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara. 

1 comment:

  1. Koi kala bab kuih2 ni dah puluh tahun pengalaman....Pengalaman makan.Haha....

    ReplyDelete