Cara nak index kan gambar di Google Image Search

Rentetan dari entry sebelum ini ( Cara tak nak gambar di copy ) soalan kedua yang ditanya ialah:
  2. camane juga ye nak index kan imej blog kita (di entri2) ke google image. 
Camna nak jawab eik?

Saya bab - bab SEO (search engine Optimization) ni masih fail lagi, terutama kalau sentuh cara nak index kan gambar di Google Image Search. Lagipun ada pendapat menyatakan yang Google Image Search menggunakan cara yang berbeza sedikit dari Main Google Search.

Secara generalnya apa yang kita boleh cuba buat ialah :

Menggunakan contoh gambar Agar-agar
  1. Rename gambar yang kita nak guna. Sebagai contoh , gambar dari kamera kita save ke laptop sebagai IMG_3237 Kalau gambar tu gambar agar - agar kita rename balik dari IMG_3237.jpg kepada agar-agar.jpg . 
  2. Meletakkan ALT dan TITLE kepada gambar tersebut seperti contoh dibawah:
     <a href="http://1.bp.blogspot.com/-AFFNNqqVgb0/TlG0X5iWpmI/AAAAAAAAFWc/-0huix43Dhs/s320/agar-agar.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: auto; margin-right: auto;"><img border="0" alt="Agar -agar sempoi" title="Resepi Agar - agar"  src="http://1.bp.blogspot.com/-AFFNNqqVgb0/TlG0X5iWpmI/AAAAAAAAFWc/-0huix43Dhs/s320/agar-agar.jpg" /></a>
  3. Meletakkan penerangan (yang ada kaitan dengan gambar) dibawah gambar tersebut. Buat Caption untuk gambar yang kita dah upload dan terangkan serba sedikit mengenai gambar. Contoh cam gambar diatas . Kalau entry kita buat pasal agar-agar dan kita upload gambar agar-agar kita cerita la pasal agar-agar tu kat entry kita. Eh cam berbelit-belit pulak , agak-agak korang boleh faham tak.
  4. Sebolehnya letak gambar yang ada kaitan dengan entry, kalau korang tak rename balik gambar (means still guna default camera file name seperti IMG_3237.jpg) pastu tak letak alt dan title kat gambar tu dan gambar langsung tiada kaitan dengan entry rasanya susah sikit kot nak terindex di Google Image search tu. Tapi tak tahu la kan semuanya ikut nasib jugak.
Untuk penerangan yang lebih lagi pe kata korang gali dan kaji sendiri. Setakat yang saya mampu terang cam yang kat atas ni je la. 

3 comments :

  1. terima kasih beb ngan tips ni..
    nk kene praktikkan la lepas ni.
    biasanya mmg aku tak rename pun gambar asal...

    ReplyDelete
  2. hmmm, cam cucah cikit nak pahamkan pale otak nih..huhu...
    pepun, tq!

    ReplyDelete