Kuih Raya di minggu terakhir Ramadhan.


Menu Berbuka semalam : Agar-agar sempoi je

Tinggal seminggu je lagi berpuasa, camna dah berapa jenis kuih raya korang sekarang, beli ke buat sendiri? Huhuhu patutnya penghujung Ramadhan ni perbanyakan lagi amal ibadat tapi kita duk sibuk sibuk nak fikir persiapan raya. Eh ke saya je yang fikir camtu?

Hmmmm... plannya tahun ni nak buat sendiri tapi sampai ke hari ni satu jenis pun tak terbuat lagi, camna tu? Nak buat siang-siang hari kang, ada menguli tepung sekali ngan Ainul dan Rifqi. Even nak buat time malam pun assistant tak bertauliah tu mesti duk gatal tangan nak membantu sekali. Tak buat kang segala mak nenek cucu cicit bahan-bahan nak mengukis dah dibeli.

Nak tak nak kena start engine hari ni jugak, kalau tidak nak hidang apa kalau bala tentera hubby datang rumah nanti kan? Tak pe banyak masa lagi.....

Balik rumah PIL hari tu sempat shoping moping kat Mesra Mall, tapikan dah namanya dekat nak raya ni, mak datuk lautan manusia rasa sesak tengok ramainya umat manusia bershoping. Last-last kitaorang tak shoping mana pun duduk dalam kedai buku je pun dah dekat sejam, eh kejap apa perkaitan kedai buku ngan shoping raya pulak eik?

Agar-agar sempoi : Bahan2 agar-agar tali, air dan gula secukupnya, serta buah laici sebagai tambahan



7 comments:

  1. pergh....confirm sedap ni...budak-budak suka ni

    ReplyDelete
  2. Assalam,selmt berkenalan selmt berpuasa yea.

    Nampak simple tapi sedap agar tu.kalau sejuk lgi sedap nk mkn kan?

    http://ummuabdullahsyaakir.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. pulun kak, pulun...amie sah2 la kuih tunjuk2 je..

    ReplyDelete
  4. Nak menjemput semua rakan2 blogger Pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  5. kaitan kedai buku ngan shopping ialah nak cari buku resepi pastu terus gi beli barang cam dalam buku kat area shopping. sesekali nak merepek kan...

    ReplyDelete
  6. sy xwat pun kuih raya sbb sy xpandai la..he3..cam sedap je agar2 tu..:)

    ReplyDelete