Menu Berbuka : Apam Yogurt Kukus


Apam Yogurt Kukus

Buat untuk berbuka puasa semalam. Sebenarnya dah lama nak buat apam ni sebelum puasa lagi, tapi asyik tertangguh je dek kerana terlupa nak beli yogurt. Safiyya dan Rifqi cakap sedap kek ni. Hahaha budak berdua ni kalau mama duk godek-godek tepung diaorang anggap mama nak buat kek. Even dah cakap ni apam bukan kek, tapi diaorang lagi suka sebut kek.

Pada yang nak try buat apam ni boleh tengok resepi kat bawah ni. Senang bangaaatttt nak membuatnya, tak caya cuba try!!!!


APAM YOGURT KUKUS
Resepi : Rima
Sumber : Home Sweet Home

Bahan:-
2 cawan gula (*akak letak 1 1/3 cawan je, tu pun manis)
1 sudu teh ovallete
2 cawan tepung
1 cawan yogurt segar asli
1 biji telor
1/2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh serbuk koko (*akak x letak)
1 sudu teh pes coklat (*akak letak pes coklat jek)
1 sudu teh pes keladi (yum paste) (*akak tambah)
beberapa titis pewarna ungu (*akak tambah)
Cara-Cara:-
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna ungu dan pes coklat), pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun.
Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna coklat. (*akak asingkan 4 sudu besar untuk coklat dan 4 sudu besar untuk pewarna ungu).
Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh dan paipkan pula samaada yg bewarna coklat atau ungu di tengah-tengah adunan tanpa warna tadi.
Kukuslah selama 15 - 20 minit/hingga apam kembang mekar. (*akak balut penutup kukusan dengan tuala semasa mengukus)



3 comments:

  1. akak, nk tanya something.

    knp kena tutup tudung periuk ngan tuala?

    ReplyDelete
  2. dah lama tak datang sini...
    makin cantik blognya...

    ReplyDelete