Menu Berbuka : Nasi Ayam Goreng


Untuk berbuka hari ni, merajinkan diri masak Nasi Ayam Goreng sebab tak cerewet mana nak membuatnya plus semua bahan-bahan memang dah tersedia ada kat dapur. Hasilnya cukup memuaskan hati sebab Safiyya dan Rifqi makan bertambah-tambah, tapi tak pasti la pulak bertambah sebab nasi ni memang sedap atau sebab diaorang kelaparan, hahaha.

Hari ni jugak Adun kawasan sini datang berbuka puasa kat masjid Ulu Jempul ni, dan bersempena kedatangan YB tu jugak pihak masjid ada buat bubur lambuk dan di agihkan kepada penduduk di Ulu Jempul ni. So, petang tadi ada la satu bekas bubur lambuk sampai kat rumah ni. Kebetulan pulak hari ni jugak ada dua orang anak murid hubby datang hantar juadah untuk cikgu kesayangan diaorang ni. Yang seorang tu hantar bubur lambuk jugak dan yang seorang lagi tak pasti pulak hantar kuih apa, hihihi ce korang tengok gambar kat bawah ni, agaknya apa nama kuih ni eik, saya memang tak arif jenis-jenis kuih ni.

Kuih apa ni eik? Kuih orang nogori ke?

Ni pulak bubur lambuk dari masjid, bubur lambuk yang anak murid myhubby kasi terlupa pulak nak snap sekali

Kat bawah ni pulak Menu utama kami berbuka tadi, Nasi Ayam Goreng



Resepi untuk Nasi Ayam Goreng seperti dibawah ya, saya buat tak sampai separuh dari bahan -bahan dibawah.

Nasi Ayam Goreng
Sumber : ..::~**Sinar Kehidupanku**~::..

Bahan-bahannya: 
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat) Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi 
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya: 
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

3 comments:

  1. uiii...sedapnya nasik goreng penuh dgn ayam...rasanya kuih som som tak kak? makan dgn air gula kan..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap nasi ayam goreng tu....tak pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  3. cam best je...bleh try tuk menu arini..:)

    ReplyDelete