Menu Berbuka : Puding Jagung


Dah macam rupa Puding Kastard Koktel Berkuah je kan sebab guna acuan yang sama hihi (^_-)

Selain buat Nasi Ayam Goreng, semalam jugak sempat buat puding jagung. Resepi asal di Myresepi guna susu cair tapi saya tukar guna santan sebab tak de stok susu cair. So pada penggemar jagung pe kata try resepi puding jagung ni pulak, kalau rasa nak cuba guna susu cair boleh tengok kat Myresepi, kalau nak cuba guna santan boleh usha resepi yang diolah oleh Nannie cam kat bawah ni.

Puding Jagung
Sumber : Resepi Nannie

Bahan - bahan :
1 cawan tepung castard
11/2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis
Acuan secukupnya

CARA MEMASAK : Campurkan tepung kastad, gula, jagung , santan dan air. Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak . Masukkan adunan puding ni ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk .



3 comments:

  1. sukenyer....sedapnyer..
    tp sy malas la nk buat, beli jer bleh?...huh! tp kompem x sesedap ni kan..? =)

    ReplyDelete