Menu Berbuka : Puding Kastard Koktel Berkuah



Menu berbuka semalam, buat Puding Kastard Koktel Berkuah ni. Safiyya dan Rifqi tak minat dengan puding berkuah camni, diaorang layan kek je. Mungkin sebab penggunaan susu dan rasa kastard tu yang menyebabkan diaorang tak berapa nak layan.

Pada saya memang sedap puding berkuah ni terutama makan sejuk-sejuk. Pada yang nak try buat desert tuk berbuka nanti boleh check resepi kat bawah ni.

Puding Kastard Koktel Berkuah
Sumber : Home Sweet Home

Bahan-bahan:-


Untuk Kastad:- (Buat separuh dari adunan dibawah)
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:- (Buat separuh jugak)
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan.) x da dan tak letak
1 tin buah koktel
Buah ceri  x da dan tak letak
Prune sunsweet  x da dan tak letak

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...




4 comments:

  1. eee sukanya puding mcm ni..memang sedap kalau sejuk2..

    ReplyDelete
  2. waaaa...sedapnye!!!!

    *teringin juga huhu

    ReplyDelete
  3. Puding, mmg sesuai sangat dibuat juadah berbuka. :P

    ReplyDelete
  4. makan sejuk sedap ni.mengancam btl warna kuning...:)

    ReplyDelete