Menu Berbuka : Puding Tauhu


Setiap kali merajinkan diri buat dessert atau kuih mesti bertambah-tambah rezeki yang datang. Sampai cakap kat hubby "Pasni malas dah nak buat apa-apa kuih atau puding, sebab setiap kali buat ada anak murid hantar juadah, biar la berbuka dengan satu menu je cukup la" boleh camtu?

Puding Tauhu dengan kuah laici

Puding Tauhu ni buat semalam, kira menu sampingan, menu utama untuk berbuka semalam cuma buat speggetti je. Sekali sekala berbuka ikut tekak orang barat. Petang ni pulak plan nak buat Roti bakar bunga-bunga pizza atas permintaan hubby , puding Karamel pun buat jugak tapi untuk diberi kepada anak murid hubby yg rajin menghulur juadah berbuka tu la. Nasi akan dimasak juga dengan lauk simple mungkin sekadar goreng ikan dan buat sup sayur sikit. Erk tak de maknanya penyataan diatas tadi tu kan, bila dah ada permintaan perlu la ditunaikan tul tak?

Okey la pada yang nak tahu bahan dan cara buat Puding Tauhu ni boleh tengok kat bawah ni:

PUDING TAUHU 
resipi original: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula



Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.



*Selamat Mencuba*


3 comments:

  1. ingat nak buat gak spagetti utk menu berbuka..tp lom kesampaian lagi nie.

    ReplyDelete
  2. kalo camtu kak, masak lepas dorang anta jela..bajet2 masa..hihi

    ReplyDelete