Menu Berbuka : Sup Makaroni


Untuk menu berbuka kali ni saya  buat Sup Makaroni. Mula hubby tanya jugak, ada ke orang buat sup makaroni ni, pastu saya jawab kita yang masak dia, ikut la nak masak camna pun kan. Sedap jugak buat sup,  kalau tak masakan hubby boleh bertambah, mungkin faktor adanya kicap pedas sebagai penambah rasa tu kot.


Sup Makaroni tanpa bahan make up
Semalam kami berbuka dengan air kelapa muda, buah kelapa fresh ambil dari pokok kelapa dekat kantin sekolah hubby. Puas hati minum air kelapa yang dikopek sendiri ni.
Air kelapa yang tak berapa nak muda beserta isinya sekali


Selain sup makaroni, air kelapa, ada satu lagi yang sempat saya godek-godek semalam, tapi yang tu next entry baru cerita eik. La ni pe kata korang layan resepi dan bahan-bahan tuk buat sup makaroni ni eik....daaaa!!!!




Sup Makaroni
Sumber : Secubit Garam


Bahan-bahan
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral ~ guna yang spiral; jugak
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil ~ pakai lada hitam serbuk je, sbb tak de yg biji
  • bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging ganti dengan isi ayam
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer ganti dengan serbuk pati ayam
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best! letak kentang je
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan (tak letak)

  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

1 comment:

  1. amie pun pernah buat jugak kak..ikut sukati je resepinya..tp sedap gak..hehe

    ReplyDelete