Padam Nombor Telefon anda di FB untuk elak pencerobohan privacy


Hari ni baru tahu yang kita boleh senang-senang je dapat nombor telefon kawan kita kat Muka Buku a.k.a Facebook. Dengan syarat kawan kita letak nombor phone dia di bahagian Contact Information dan langsung tak privacykan maklumat tersebut.

Nak tahu macam mana nak tengok samaada kawan korang letak nombor telefon diaorang kat facebook atau tak, korang boleh ikuti langkah dibawah:

1. Pergi ke bahagian Account
2. Klik Edit Friends
3. Tekan perkataan contacts (tertera dibahagian sebelah atas kiri seperti gambar dibawah)


nanti akan keluar la senarai nombor telefon kawan-kawan anda.

Sekirannya facebook korang ada orang-orang yang korang tak kenal langsung, yang korang sesaje add atau approve untuk jadi rakan korang kat facebook, seeloknya jangan letak nombor telefon korang kat bahagian contact information tu sebagai langkah keselamatan. Mana la tahu ada yang busuk hati, ambil nombor phone korang dan mengganggu privacy korang dengan menghantar sms atau mms yang tak sepatutnya kan.

Kalau korang tak nak privacy korang diganggu gugat seeloknya jika dah letak, padam nombor telefon korang kat FB bagi mengelakkan pencerobohan privacy dilakukan oleh pihak-pihak yang tak bertanggung jawab. Lagi pun kat alam maya ni bila-bila masa sahaja akaun kita boleh di hack dan maklumat peribadi kita diselongkar oleh pihak-pihak yang gatal tangan . Tul tak?

"Muka Buku korang, tanggung jawab korang, "

3 comments: