Tart Blueberry: Untuk santapan sendiri je


Tart inti Blueberry untuk santapan sendiri

Saya tak pernah buat sendiri dari A sampai Z , biskut raya sepanjang hidup saya. Mungkin faktor rumah kami di kampung adalah rumah yang paling penghujung, jadi saban tahun memang tak ramai yang berkunjung. Lagi pun dulu-dulu mak buat kuih tradisional sahaja, tiada kuih raya moden ni.

Tapi tipu la pulak kalau kata langsung tak pernah, pernah buat masa zaman sekolah menengah dulu buat kuih bangkit tapi tu pun termasuk dalam kategori kuih tradisional jugak kan? Tolong siikit-sikit mak sedara buat kuih moden tu ada la jugak,  kalau kata buat dari A sampai Z rasanya hanya buat Conflakes madu je kot 4 tahun lepas. Tapi hasilnya tak berapa nak okey mungkin faktor bakar dalam microwave . Eh salahkan Microwave pulak eik padahal sendiri yang tak pandai.

So buat tart blueberry ni kira percubaan berani mati jugak la. Sebab tu la, hanya buat untuk santapan sendiri je. Dengan tak de acuannya gagahkan jugak diri buat, sebagai cabaran untuk diri sendiri. Tah macam mana boleh ada inti bluberry kat dalam peti ni pun tak tahu la. Rasanya tersalah beli kot ari tu, so sebagai cara nak habiskan inti bluberry tu jadi la projek tart ni.

Resepi untuk doh saya guna resepi kat bawah ni, sebab guna inti blueberry tu yg gatal tangan warnakan doh tu.


TART NENAS
sumber: kak Anymz

bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk


cara

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


1 comment:

  1. ghuper nye x penting, janji sodap ..


    * salam kenalan & selamt hari raya

    ReplyDelete