Tidur sebentar / Qailulah / Day napping (Tips puasa)


Sabda Rasulullah SAW;
"Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah."
(Riwayat al-Tabrani)


Pernah dengar pasal Qailulah?

Qailulah bermaksud tidur sebentar (dalam 10 - 15 minit) pada siang hari atau dalam bahasa omputihnya day napping.

Siapa yang tak pernah rasa mengantuk di siang hari ? 

Pasti ada kan, walau tak selalu tapi kita pernah merasa mengantuk. Kebiasaannya kita sebolehnya akan cuba elak dari mengantuk dengan cara makan gula-gula berangin, minum minuman berkafein, melakukan senaman ringan. Tapi sebenarnya cara yang terbaik ialah dengan tidur atau lelap sekejap dalam 10 ke 15 minit.

Amalan ni bukan sahaja diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan kajian moden juga menyokong kebaikan Qailulah atau Day Nappping ni. Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah qualiti nya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.

Antara kebaikan tidur sekejap ialah :

Membantu nmengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
Baik untuk jantung dan kesihatan.
Meningkatkan fungsi kognitif.
Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
Menjadikan minda lebih kreatif.
Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

Waktu yang sesuai untuk tidur sekejap / Qailulah ialah :

Bagi yang bekerja seeloknya cuba lakukan qailulah dalam waktu lunch hour, kalau time waktu kerje nak buat qailulah ni tak sesuai la pulakkan, kang ada yang bawak mulut cakap kita makan gaji buta bila tengok kita duk asyik mem"buta" je.  Ada kajian menyatakan yang manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Jadi jika kita bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh., kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.

Tetapi perlu di ingat jika kita melakukan Qailulah ni, sebaik sahaja kita bangun dari tidur yang sekejap , kita mungkin akan merasa sedikit pening untuk tempoh 5 hingga 20 minit. Tetapi InsyaAllah selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Jadi apa kata dalam bulan puasa ni, korang start amalkan Qailulah, InsyaAllah dengan izinNya korang akan bertenaga untuk berterawih dan bangun sahur nanti.

Sesuai bagi yang nak amalkan Qailulah


sumber : psipum.org,  pakarhowto.com

6 comments:

  1. sekajap antara waktu zohor dan asar.....15 min okla...jgn lebih

    hahahaha

    ReplyDelete
  2. okey..nak gi Qailulah kejap.. :-)

    ReplyDelete
  3. dah buat dah jap td...tp apsal stil ngantuk..huhu

    ReplyDelete
  4. saya selalu jugak try..tapi selalunya lajak sampai 30-45 minit! haha

    ReplyDelete
  5. betul2..sejak puasa ni tak pernah miss tido tengahari..tapi saya masalahnye lebih 15mininit..over tol..rasa lega bila bangun :D

    ReplyDelete