Berhati - hati bila bawak anak makan kat luar...


Bila last sekali korang makan kat luar dengan pasangan dan anak-anak korang?

Pernah tak korang terfikir bila pelayan bawak makanan yang panas-panas tu, ada berkemungkinan yang makanan tu akan terjatuh kat atas anak korang?

Saya selalu okey, segala macam mak nenek kemungkinan yang mungkin boleh terjadi time pelayan bawak makanan panas tu terjah kat kepala saya. Risau sesangat terutama kalau

  • kedudukan meja dan kerusi kat kedai makan tu cam sesak or rapat sangat sampai menyusahkan untuk lalu lalang. 
  • Meja yang kecik, bila order lebih sikit mula la cam tak muat meja jer, biasa la budak2 ada je yang gatal tangan nak usik itu ini kan, terutama klau order something yg berkuah cam tomyam ke sup ker apa jer la, risau tertumpah
  • time crowded sangat dengan orang, sampai tengok pelayan tu dah jadi macam lipas kudung, ke hulu ke hilir dengan cepatnya, nak kemas meja nak layan pelanggan, nak ambil order nak hantar makanan
Risau kalau Time dia bawak something yang panas terutama yang berkuah banyak cam sup or tom yam di ketika dia nak lalu kat kita or nak letak kat meja kita dengan :
  • tak semena-mena masakan panas tu terlepas dari tangan dia
  • tetiba je lantai licin dan mengakibatkan pelayan tadi terjatuh or tersungkur ke depan
  • tak disangka-sangka ada yang langgar pelayan yang tengah bawak makanan tadi
  • tetiba dia terkejut beruk dek terdengar sesuatu yang mengejutkan sampai tercampak makanan yang dibawa
Risau okey,  R  I  S A U! dan takut bila memikirkan segala macam kemungkinan yang boleh terjadi terutama pada anak-anak kecik seperti kes yang dah terjadi dekat baby Aisya ni:

Untuk cerita lebih lanjut sila ke entry TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya's story @ http://luluzland.blogspot.com/  

Ana : Minta dijauhkan dari perkara buruk dan semoga adik Aisya cepat sembuh

4 comments:

  1. untuk baby aisya, semoga cepat okey ye sayang...kak, kami pun kalau makan kat luar memang akan perhatikan keadaan sekeliling restoran..tp kdng2 benda dah nak jadi kan, Allah dah tentukan, kalau kita cuba nak elak pun tetap jadi. ada anak kecil memang kena sentiasa awas sebab dorang rajin nak explore.Mcm Ahmad dulu, jaga punya jaga pun kena langgar kt shopping complex masa dia lari dri kita pun dah trpatah tgn kanan dia..apa pun sebolehnya kita kena awas dgn keadaan sekeliling kita bila ada anak kecil.Sebolehnya jgn letak kat tempat yg boleh expose pd bahaya.

    ReplyDelete
  2. aduhai kesiannya tgk baby aisya ...semoga cepat sembuh... kadang2 semuanya boleh terjadi walupun kita dah berhati-hati

    ReplyDelete
  3. kesiannya..saya memang jarang makan diluar..budak2 kecil lagi.. sibuk nak lari sana sini..risau! sesekali tu ada la..tapi memang nak kena hati2..biasanya pilih meja yang jauh dari crowd.. walau pun malang tak berbau tapi kena lah hati2 kan..

    ReplyDelete
  4. kesiannya tangan adik Aisya ni :( semoga cepat sembuh. Memang jarang bawa auni makan kat luar sejak dia suka sangat lari sana sini, tak terkejar dibutnya....

    ReplyDelete