Bila - bila masa !


Hmmm, raya ni ada ke yang makan Fastfood?

Ramai...tul tak?

Raya pertama atau kedua tu tak sure la pulak, tapi hari semalam time kitaorang nak makan pizza memang penuh Pizza Hut. Hari ni pulak kekonon nak lunch dengan KFC, pun penuh jugak. Memang rakyat Malaysia ni suka makan Fastfood tak kira musim kan. Even time raya yang penuh dengan hidangan kuih raya dan jemputan rumah terbuka pun masih ramai yang pilih makan di Fastfood, termasuk la kitaorang.

Yummy!!!
Kitaorang makan fastfood sebab ketiadaan bahan nak masak kat umah tau, sampai tengah hari sabtu hari tu, perut dah lapar plus keletihan so pilihan yang ada makan fastfood, lagi pulak kedai makan banyak tak buka lagi.

Alasan semata kan ! , padahal boleh sangat cari bahan nak masaknya, bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih tul tak?

1 comment:

  1. hheehhe..alasan semata2,,tp masih boleh diterima..buhsan melanda dgn dodol, ketupat rendang baagai...so xsalah tukar selera jap g fastfood..hiihihi....

    ReplyDelete