Bukan Cinta biasa





Bukan Cinta Biasa

Ini bukan cerita cinta biasa
Saat aku rasa dunia tidak menyebelahi aku
Buntu kemana hendak lari, hendak sembunyi

BAHAGIA... Sebenarnya dimana?

Seorang kawan aku cakap,
Hidup ini BAHAGIA bila...
kita Tip Top dalam study
nanti raammaaii orang SUKA kita!
Tapi...
Kenapa selalu aku tengok dia seorang diri?

Kawan lain pula cakap...
Hidup ini BAHAGIA bila...
Bila kita ramai teman
lagi-lagi kalau ada yang istimewa
Korang pernah rasa tak?
BAHAGIA ke ek?
Tapi...
Kenapa aku selalu nampak dia menangis?

Orang ramai cakap kat aku pulak...
Hidup ini BAHAGIA bila...
kita buat apa yang kita suka...
Dengar lagu, main bola, melepak, online...
Masa pun terisi
Tapi..
Kenapa mereka tetap mengeluh BOSAN?

Betulkah hidup CUMA sekadar ini?



1 comment:

  1. Semalam saya dengar motivasi di radio IKIM. Ertikata BAHAGIA yg sebenar ialah kita kejar dan cuba capai bahagia hakiki di SANA. Kebahagiaan di dunia ni tak akan kekal/cepat bosan.

    ReplyDelete