Cerita Raya Kami...


Salam Lebaran ke-6. Dah seminggu kita beraya ya, baru hari ni berkesempatan mengupdate blog. Macam la sibuk sangat, bukan juga tiada masa kerena beraya sakan, cuma tidak mengambil peluang mengadap laptop je. Mungkin ini cara saya menghormati hari kemenangan untuk umat islam dengan tidak menghadap laptop tapi melayan tekak, boleh camtu?

 (^_-) hihihi

Rasanya ramai jugak yang lama ber"cuti" dari berblog gara-gara beraya kan?

Okey la sebagai pemanas badan layan gambar cerita raya kami ni ya...

Tema Raya 2011 : Ungu
(Time nak bergambar ni Ainul tgh tido, Cian Ainul nak tidur pun tak aman, dipaksa bergambar sekali hehe)

Birthday boy, kebetulan tahun ni birhtday anak sedara yang sorang ni jatuh pada hari raya pertama. Tak de sambutan apa pun, cuma potong kek dalam gambar tu je, tu pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab masing-masing nak pergi beraya .
Kitaorang pulak  cuma sempat beraya 4 buah rumah je sebab petang tu kitaorang dah nak bertolak balik ke Paka.

Ni adik hubby, Raya ke-3 hari tu buat kenduri Kahwin dia, Sebab tu la tahun ni kami beraya di Lipis dulu baru kat Paka, Tema perkahwinan ungu dan Pink. Tapikan untuk raya kali ni cam ramai pulak yang pilih tema ungu, Rata-rata terserempak kat masjid time solat raya pakai baju tema ungu. Kebetulan sungguh! 

Satu-satunya hantaran hasil keras tangan ku. Muahahaha kena jadi bidan terjun gubah hantaran sireh ni sambil dibantu oleh assistant yang terlebih rajin a.k.a anak sedara hubby yg berumur 7 tahun. Nasib baik tak hancur hantaran dikerjakan oleh kitaorang..hehehe

Ni berposing kat jeti nelayan time kenduri sebelah pihak lelaki pada raya ke-4. Pagi sabtu balik semula ke Ulu Jempul.
Sekian Sedikit Cerita Raya Kami...


2 comments:

  1. wah..sibuknye..mesti letihkn?tp bestla dapat berkumpul ramai2..:)

    ReplyDelete
  2. hehe..theme raya tahun ni same la..purple..=)

    ReplyDelete